• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bagaimanakah Teknik Geometri Bantu Triumph Rocket 3 Membelok Lebih Baik?

Bagaimanakah Teknik Geometri Bantu Triumph Rocket 3 Membelok Lebih Baik?

June 4, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALI pertama memandang, mungkin ada berpendapat Triumph Rocket 3 R ini cuma mampu memecut seperti kapal layar stim, cuma tangkas atas jalan lurus sahaja.

Namun, stereotaip itu akan berubah apabila menunggang cruiser 2,458cc ini dan jangan terkejut, Rocket 3 R ini sebenarnya mudah dikawal. Ini dapat dilakukan menerusi penggunaan teknik geometri stereng pintar ciptaan pasukan jurutera casis Triumph.

APAKAH RAKE DAN TRAIL?

Sebelum mendalami apa dilakukan pasukan jurutera tersebut, lebih baik imbas semula apa itu rake dan trail. Rake (sudut caster) ialah sudut kepala stereng frem daripada kedudukan menegak, atau sudut fork motosikal. Kebanyakan sudut caster motosikal berada antara 23° dan 30°. Motosikal chopper mempunyai rake lebih tinggi, manakala sudut sportbike lebih kecil.

Sudut caster lebih banyak membuatkan motosikal lebih sukar dikendalikan ketika membelok. Jika darjah rake rendah, motosikal tersebut agak kurang stabil.

Trail pula sebahagian kawasan tayar depan yang bersentuhan dengan permukaan tar. Trail lazimnya diukur dalam bentuk milimeter (mm). Merujuk gambarajah di atas, rake ialah A dan trail adalah B.

Trail biasa adalah sekitar 100mm. Triumph Daytona 955i (2004) memiliki trail 78.7mm, manakala model tourer Harley-Davidson menggunakan trail 170mm.

Trail juga menghasilkan daya pemusatan sendiri pada roda untuk menghasilkan kestabilan. Jika tayar condong ke tepi, trail akan bantu meluruskan semula. Bagaimanapun, bagi motosikal dengan jumlah trail tetap, kekuatan daya pemusatan itu menjadi semakin lemah pada apabila sudut caster meningkat.

triumph-rocket-3-2019-7
Triumph-Rocket-3-3

Kadar rake dan trail lebih tinggi memerlukan lebih banyak usaha membelok, berada atas jalan lurus dan meluruskan semula motosikal. Ini menyebabkan ciri ketangkasan dan kestabilan semakin berkurangan.

Sebuah cruiser dengan enjin 2.5L perlu dibina dengan beberapa kondisi, iaitu lebih rendah, panjang, seimbang dan perlu stabil pada kelajuan 220kmj. Di sini, Triumph ada formula.

Kebanyakan fork motosikal dan kepala stereng (headstock) adalah selari tetapi Rocket 3 diposisikan pada sudut berbeza. Fork cruiser ini berada pada posisi 32°, sama seperti model lama Rocket III 2.3L. Tetapi kepala stereng ditetapkan pada darjah lebih curam, 27.9°.

Teknik memposisikan roda depan jauh ke depan manakala kepala stereng lebih lurus ke bawah menyebabkan trail rendah (atau negatif), membawa kepada masalah kestabilan. Bagi mengatasi masalah itu, bawah fork Triumph menggunakan teknik kedua, iaitu ofset spindel pada roda depan.

Jadi, roda depan cruiser ini tidak sebaris dengan garis tengah fork, tetapi sedikit ke belakang. Teknik memposisikan tayar depan ini adalah cara mendapatkan trail lebih tinggi dan menambah kestabilan.

BACA >>> Triumph Dedah Spesifikasi Lengkap Rocket 3 TFC (2019)

GALERI
triumph-rocket-3-2019-9
triumph-rocket-3-2019-8
triumph-rocket-3-2019-7
triumph-rocket-3-2019-6
triumph-rocket-3-2019-5
triumph-rocket-3-2019-4
triumph-rocket-3-2019-3
triumph-rocket-3-2019-2
triumph-rocket-3-2019-1
Triumph Rocket III (2016)
Triumph Rocket III (2016)
Triumph Rocket III (2016)
Triumph Rocket III (2016)
Triumph-Rocket-3-1
Triumph-Rocket-3-2
Triumph-Rocket-3-3

SUMBER: MCN | CycleWorld

Related

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Geometri, Hypercruiser, roda2, Super Cruiser, teknologi, Triumph, Triumph Rocket 3, Triumph Rocket III

Comments

  1. Jan says

    June 4, 2020 at 2:44 PM

    satu info yang sangat menarik untuk dikongsikan, ramai yang hanya tahu keseimbangan dan kelincahan motor berdasarkan wheelbase sahaja, jarang ada yang tahu soal geometri motor.

    pendekatan yang genius oleh Triumph, adakah lagi motor lain yang menggunakan teknik yang sama?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev