• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 8 Fakta Pantas: Ford Ranger FX4 (2020) Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM126k!

8 Fakta Pantas: Ford Ranger FX4 (2020) Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM126k!

June 3, 2020 By Azhan O Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini melancarkan Ford Ranger FX4 baharu menggunakan platform digital, Facebook dan YouTube Live yang juga model trak pikap pertama negara ini yang membuat pelancaran serentak dalam dua saluran media sosial.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, Ranger FX4 ialah tambahan kepada sembilan varian Ranger di Malaysia, sekali gus menguatkan lagi versatiliti model ini sebagai kenderaan yang sesuai untuk semua gaya hidup.

BACA >>> Gadis 15 Tahun Main Kejar-Kejar dengan Polis, Pecut Trak Pikap Hingga 160kmj

Apa yang menarik tentang Ranger FX4?

ford-ranger-fx4-malaysia-2020-4
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-7
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-6
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-14

1. Menampilkan rekaan gril jejaring baharu Ebony Black (hitam) dan rim hitam berkilat dengan tayar jenis pelbagai rupa bumi (all-terrain). Pelekat dan lencana ‘FX4’ yang begitu menonjol menyerlahkan ciri tersendiri berbanding varian Ranger lain.

2. Identiti Ranger FX4 dapat dilihat ketara pada ruang kabin dengan logo FX4 dicetak timbul pada kerusi kulit hitam dengan kontras sulaman benag merah pada tombol gear, konsol tengah, panel instrumen, kemasan panel pintu, brek tangan dan stereng. Juga ada karpet khas FX4.

3. Direka sebagai kenderaan yang menggabungkan ciri keselesaan gaya hidup urban dan kelasakan sebuah trak pikap hujung minggu.

4. Dijana enjin Duratorg 2.2L Turbodiesel dengan transmisi automatik 6-kelajuan berkuasa 158hp dan tork 385Nm.

BACA >> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

5. Dilengkapi pelbagai teknologi pintar dan keselamatan kenderaan moden masa kini seperti:

  • Unit infotainment skrin sentuh 8 inci, sistem multimedia SYNC®  dengan Apple CarPlay dan Android Auto berserta kamera undur
  • Sistem 4x4 elektrnok Shift-on-The-Fly
  • Bilah pengelap dengan sensor hujan
  • Stereng Bantuan Kuasa Elektrik (EPAS)
  • Lampu siang (DRL) dan lampu depan untuk penglihatan lebih jelas
  • 2 beg udara
  • Diferensial Gelincir Terhad (LSD)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Bantuan Daki Bukit (HLA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan  Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Kawalan Traksi (TC)
  • Mitigasi Oleng (Rollover Mitigation)
  • Kawalan Ayunan Treler (TSC)
  • Kawalan Adaptif Beban (LAC)

6. Sempena meraikan pelancaran Ranger FX4, seramai 150 pelanggan pertama model baharu ini akan menerima aksesori bernilai RM5,398 secara percuma, terdiri daripada:

  • Bar sporty hitam dan filem cermin penghalang haba eksekutif
  • Perakam video digital (DVR) dengan fungsi pintar dan selamat, termasuk rakaman definisi tinggi (HD), pandangan sudut lebar, rakaman malam dan aplikasi mobil yang disambungkan melalui Hotspot. Kad memori 8GB disertakan.

7. Ranger FX4 baharu ditawarkan dalam tiga warna pilihan: Meteor Grey (kelabu), Absolute Black (hitam) dan Artic White (putih). Harga jualan ialah RM126,888 untuk Semenanjung Malaysia (atas jalan, termasuk insurans) dan dipakejkan bersama waranti 3 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dahulu).

8. Jika ada sebarang pertanyaan, atau anda mahu menjadi antara 150 pemilik pertama Ranger FX4, boleh menghantar pesanan mesej secara WhatsApp kepada ‘Jurujual Digital Ford’ di talian +6019-204 1200 bermula jam 9 pagi - 4 petang pada Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum.

Talian WhatsApp ini akan menghubungkan pelanggan terus kepada jurujual berdaftar Ford di mana-mana pengedar terdekat. Ini memudahkan pelanggan membuat transaksi pembelian mengikut keselesaan tidak kira di mana lokasi mereka berada.

Maklumat lanjut mengenai Ranger FX4 baharu boleh layari laman web www.sdacford.com.my.

BACA >>> Ford Ranger (2022) Akan Dilengkapkan Enjin Hibrid Plug-in (PHEV)

GALERI
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-1
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-2
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-3
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-4
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-5
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-6
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-7
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-8
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-9
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-10
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-11
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-12
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-13
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-14
ford-ranger-fx4-malaysia-2020-15

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Motor Company, ford ranger fx4, Ford Ranger FX4 (2020), SIME Darby Auto Connexion (SDAC), Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev