• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW Modulo Car M89 - Kereta Tiga Roda dengan Enjin Motosikal 740cc

BMW Modulo Car M89 - Kereta Tiga Roda dengan Enjin Motosikal 740cc

June 3, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA teori tersebar luas sekitar 90-an. Kereta tiga roda diramalkan menjadi segmen kenderaan dengan masa depan cerah kerana menawarkan pakej terbaik, iaitu kelajuan motosikal prestasi tetapi dan keselesaan sebuah kereta.

Antara model tiga roda popular ialah Polaris Slingshot, Can-Am Spyder dan kereta biru Reliant Robin yang cukup dibenci Mr Bean (dilakonkan aktor Rowan Atkinson).

bmw-k75-1
bmw-k75-engine

Malah BMW juga pernah mencuba nasib menghasilkan kenderaan tiga roda, dipanggil BMW Modulo Car M89 yang dibina di Itali dengan menggunakan enjin motosikal 740cc jenis 3-silinder dan transmisi manual 5-kelajuan, diambil daripada model tourer K75.

Sekadar perkongsian, ada 24 generasi model K75 dihasilkan sepanjang 1984-1995. Modulo Car M89 ini pula cuma ada satu pintu untuk akses ke ruang kabin gaya kokpit pesawat pejuang dengan dua kerusi.

BACA >>> #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Versi Kustom Pertama di Dunia

Bahagian luaran Modulo Car M89 diwarnakan biru-kelabu dengan rekabentuk mirip kereta sport, manakala ruang kabin didominasi tona hitam dengan tali keledar merah. Rupa belakang mewarisi rekabentuk asas motosikal, iaitu roda tunggal yang mirip model sport.

Kenderaan ini menggunakan stereng sebagai sistem pengemudian, ada dua ekzos dan set pedal kaki selain tombol gear. Tidak dapat dipastikan berapakah jumlah unit model ini dihasilkan BMW. Namun, model satu ini ditawarkan pada harga cuma €38,000 (RM182,500).

Modulo Car M89 ini sudah dipandu sejauh 1,000km dan kalau berminat boleh cuba nasib di laman Autovergiate.

BACA >>> Kawasaki Pula Sedang Siapkan Motosikal Tiga Roda yang Lebih Sporty, Sofistikated
BACA >>> Yamaha Niken: 7 Fakta Tentang Teknologi LMW, Tempahan Jepun Dibuka

GALERI
bmw roda 3
bmw roda 3 5
bmw roda 3 4
bmw roda 3 3
bmw roda 3 2
bmw roda 3 1
bmw roda 3 6
bmw roda 3 7
bmw roda 3 8
bmw roda 3 9
bmw roda 3 10
bmw roda 3 11
bmw roda 3 12

SUMBER: AutoEvolution | Autovergiate

Related

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW K75, BMW Modulo Car M89, Kereta Tiga Roda, Roda3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev