SERAMAI 15 wanita dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila melakukan aktiviti zumba di sebuah premis di Taman Pekan Baru, Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, sepasukan anggota polis yang menjalankan tugas rondaan PKPB dan cegah jenayah membuat pemeriksaan di premis berkenaan pada 6.30 petang, Jumaat lalu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati semua wanita itu, yang berumur antara 25 dan 50 tahun, sedang menjalankan aktiviti zumba dalam premis tersebut dan gagal memberi penjelasan munasabah untuk berkumpul.
“Mereka melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)," katanya.
BACA >>> PKPB: Kena Kompaun Sebab Berhimpun Tangkap Gambar Pemandangan Bunga Teratai
BACA >>> PKPB: Bawa Penumpang Kini Boleh Ikut Kapasiti Tempat Duduk Kenderaan
* Gambar sekadar hiasan
SUMBER: Bernama
Leave a Reply