• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM: Kerajaan Pinda Akta Jun Ini, Hukuman Lebih Berat Menanti Pemandu Mabuk

PM: Kerajaan Pinda Akta Jun Ini, Hukuman Lebih Berat Menanti Pemandu Mabuk

May 30, 2020 By Azhan O Leave a Comment

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan ke atas individu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Menurutnya, arahan tersebut dibuat selepas mengambil kira peningkatan bilangan kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk kebelakangan ini.

Beliau berkata;

Saya difahamkan pindaan akta ini akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang.

“Pindaan ke atas Akta 333 diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain."

Perdana Menteri turut mengharapkan pindaan hukuman tersebut kelak akan memberikan pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk direkodkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, lapan mangsa maut.

Apa yang berlaku nyata membimbangkan kerana angka terbaharu itu menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun.

BACA >>> Pemandu Hilux Buat Aksi GTA Mengaku Tak Salah, Hadapi Dakwaan Cuba Membunuh
BACA >>> Pelajar IPTS Mabuk Rempuh Pekerja Kurier Sampai Mati
BACA >>> Polis Maut Kena Rempuh Pemandu Trak Pikap Ingkar PKP, Dipercayai Mabuk

SUMBER: Bernama

Related

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Auto Terkini, Hukuman Memandu Mabuk, pemandu mabuk, Perdana Menteri, Pinda Akta, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev