• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Hilux Buat Aksi GTA Mengaku Tak Salah, Hadapi Dakwaan Cuba Membunuh

Pemandu Hilux Buat Aksi GTA Mengaku Tak Salah, Hadapi Dakwaan Cuba Membunuh

May 30, 2020 By Han Othman Leave a Comment

905
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU trak pikap yang tular di media sosial seminggu lalu kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan mencederakan peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Tertuduh Kang Ming Han, 32, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut pertuduhan, Ming Han pada 22 Mei jam 6.35 petang, didakwa cuba membunuh, dengan melanggar tiga mangsa Norhisham Abdul Rashid, 42, Mahidin Senan, 41, Baharum Ab Manaf, 62, dengan menggunakan kenderaan jenis Hilux sehingga menyebabkan kecederaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh disabitkan di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman 20 tahun penjara atau denda.

Tertuduh juga tidak mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, Shahidan Abdul Khalil, 32, yang bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa pada jam 6.35 petang pada tarikh sama.

Bagi kesalahan ini tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 90 Akta Polis dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menawarkan jaminan RM30,000 terhadap tertuduh. Menurutnya, tertuduh juga masih disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Adhwa Azfar memohon jaminan RM3,000 kerana tertuduh sebelum ini tiada rekod jenayah lampau.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 22 Mei lalu kira-kira jam 6:35 petang, tertuduh dirakamkan memandu trak pikap jenis Toyota Hilux secara berbahaya di bazar Ramadan di Bukit Sentosa Hulu Selangor hingga menyebabkan lima individu termasuk seorang wanita dilaporkan cedera.

BACA >>> Pelajar IPTS Mabuk Rempuh Pekerja Kurier Sampai Mati
BACA >>> Dua Bulan Koma Dirempuh Pemandu Mabuk, Ibu Lima Anak Akhirnya Pergi Jua...

SUMBER: SinarHarian

Related

905
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Mabuk, Pemandu Hilux Mabuk Bukit Sentosa, Pemandu Mabuk Bukit Sentosa, Seksyen 90 Akta Polis, Trak pikap, Video Tular Pemandu Mabuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my