SELAIN pelan perniagaan baharu Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi yang baru diumumkan, Nissan turut mempunyai perancangan sendiri untuk masa depan.
Rancangan empat tahun itu dibuat bagi mencapai pertumbuhan mampan, kestabilan kewangan dan keuntungan menjelang akhir tahun fiskal 2023. Ia melibatkan rasionalisasi kos dan pengoptimuman perniagaan yang mana operasi dan kapasiti dikaji semula, termasuk mengurangkan kos tetap.
BACA >>> #BikinKereta: Nissan Silvia S13 dengan Enjin NA RB25, Kemasan Denim Betty Smith
RASIONALISASI PERNIAGAAN, TUMPU PRODUK TERAS
Nissan akan mengutamakan dan melabur dalam bidang perniagaan yang dijangka dapat memberikan pemulihan kukuh dan perkembangan mampan.
Melalui pelaksanaan perancangan itu, Nissan menjangka mencapai 5 peratus margin keuntungan operasi dan pegangan pasaran global mampan sebanyak 6 peratus menjelang akhir tahun fiskal 2023, termasuk sumbangan daripada 50 peratus ekuiti kerjasama di China.
BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Akan Guna Model Perniagaan Baharu
Berbanding strategi pengembangan jualan agresif atau berlebihan sebelum ini, Nissan mahu melangkah dengan perrtumbuhan seimbang. Pelan empat tahun itu menumpukan kepada dua bidang strategik seperti berikut:
1. Rasionalisasi: Susun Semula, Kurangkan kos dan Tingkatkan Kecekapan
- Menyusun semula saiz pengeluaran (right-sizing) sebanyak 20 peratus kepada 5.4 juta unit setahun berdasarkan operasi syif standard.
- Mencapai kadar penggunaan kilang melebihi 80 peratus dan menjadikan operasi lebih menguntungkan.
- Rasionalisasi barisan produk global sebanyak 20 peratus (daripada 69 hingga kurang 55 model).
- Mengurangkan kos tetap sekitar 300 bilion yen.
- Bercadang menutup kilang Barcelona, Sepanyol di Eropah Barat.
- Mengukuhkan pengeluaran di Amerika Utara (model teras).
- Menutup kilang pembuatan di Indonesia dan menumpukan perhatian di Thailand sebagai pangkalan pengeluaran tunggal di Asean.
- Rakan Pakatan berkongsi sumber, termasuk pengeluaran, model dan teknologi.
2. Utamakan Pasaran, Produk Teras
- Menumpukan operasi teras Nissan di pasaran Jepun, China dan Amerika Utara.
- Memanfaatkan aset Pakatan bagi mengekalkan perniagaan Nissan pada tahap operasi sesuai di Amerika Selatan, Asean dan Eropah.
- Keluar dari Korea Selatan, perniagaan Datsun di Rusia dan memperkemaskan operasi di beberapa pasaran di Asean.
- Menumpukan segmen model teras global ,seperti kenderaan segmen-C dan -D yang dipertingkat, kenderaan elektrik (EV) dan kereta sport.
- Memperkenalkan 12 model dalam 18 bulan akan datang.
- Mengembangkan kehadiran EV dan kereta dikuasakan motor elektrik, termasuk model e-POWER. Lebih 1 juta unit kenderaan elektrifkasi dijangka dikeluarkan dalam setahun pada akhir tahun fiskal 2023.
- Melancarkan dua lagi model EV dan empat model e-POWE, termasuk meningkatkan nisbah elektrifikasi kepada 60 peratus jualan di Jepun.
- Memperkenalkan sistem bantuan pemandu canggih ProPILOT untuk lebih 20 model di 20 pasaran dan mensasarkan lebih 1.5 juta unit kenderaan dilengkapi sistem tersebut setiap tahun menjelang akhir tahun fiskal 2023.
FASILITI ASEAN TUMPU DI THAILAND?
Dari pelan tindakan tersebut, Nissan bakal menutup kilang di Indonesia, keluar dari Korea Selatan dan sebagainya, tetapi itu sebahagian rasionalisasi syarikat. Apa harus diberikan perhatian, Nissan terus mahu mengeluarkan model sport yang menunjukkan betapa penting produk itu walaupun pasaran global kecil.
Pengumuman kilang di Thailand sebagai pangkalan pengeluaran tunggal di Asean juga membuat kami tertanya mengenai kilang pemasangan milik Edaran Tan Chong Motor (ETCM) di Serendah dan Segambut.
Adakah terus dikekalkan kerana kilang tersebut adalah milik Tan Chong dan bukan Nissan, termasuk kemudahan sedia ada untuk memasang model rakan Pakatan, iaitu Mitsubishi. Fasiliti pengeluaran milik ETCM turut memasang kenderaan Subaru dan Renault.
BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k
Leave a Reply