• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sekolah, IPT Dijangka Buka Jun Nanti? Keputusan Umum Minggu Pertama Jun

Sekolah, IPT Dijangka Buka Jun Nanti? Keputusan Umum Minggu Pertama Jun

May 29, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SEKATAN ke atas aktiviti sosial dan sektor pendidikan yang bermula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka dilonggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes Covid-19 kekal pada dua angka rendah atau satu digit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan mengenai perkara itu dijangka dibuat pada minggu pertama Jun.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 23 Aktiviti, Perniagaan DIHARAMKAN Sepanjang PKPB!

Menurutnya;

Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) hingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan."

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk memastikan wabak tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan. Setakat ini kes melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan kes kebelakangan ini disumbang warga asing.

“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jangkitan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media semalam.

Kerajaan melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu dan dilanjutkan hingga 12 Mei sebelum bersambung dengan PKP Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan tamat pada 9 Jun nanti dengan memberikan kebenaran operasi untuk kebanyakan sektor ekonomi dan sosial secara terkawal.

Dr Noor Hisham berkata, perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbangkan komitmen masyarakat.

Justeru, beliau berharap orang ramai dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin dan pematuhan masyarakat amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 negara ini.

BACA >>> Ramalan Tepat, Tempoh PKPB Lanjut Sampai 9 Jun!
BACA >>> PKPB: Bawa Penumpang Kini Boleh Ikut Kapasiti Tempat Duduk Kenderaan

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my