Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha XMAX 300 Roma Edition MMXX – Skuter Spesial Sempena Tribut Ibu Kota Rom
Roda2

Yamaha XMAX 300 Roma Edition MMXX – Skuter Spesial Sempena Tribut Ibu Kota Rom

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Italia (Yamaha Itali) memperkenalkan skuter edisi terhad XMAX 300 Roma Edition MMXX sebagai tribut kepada bandar raya Rom yang juga terkenal dengan julukan Ibu Kota Abadi (Eternal City).

Model edisi khas ini tampil dengan warna latar badan putih dan pelekat grafik Divisyen Rekabentuk di Jabatan Kajian dan Pembangunan (R&D) Yamaha Motor Europe di Gerno, Lesmo dalam daerah Lombardy, Itali.

BACA >>> Covid-19: Nota Itali untuk Dunia, Sikap Tak Peduli Buatkan Negara Lumpuh, Merana

Dekal ditampal depan skuter dikatakan mewakili penduduk bandar itu, manakala panel sisi belakang dilekatkan grafik Colosseum. Selain seragam baharu, Yamaha juga memasang lantai jenis aluminium dan visor angin sporty gelap.

Pengurus Negara Yamaha Itali, Andrea Colombi berkata, sebelum perintah berkurung di Rom, ada hampir 300,000 motosikal bergerak setiap hari di salah satu bandar paling cantik dengan sistem jalan raya tertua dunia itu.

“Sekarang, penting untuk menghidupkan semula bandar kota ini dan menjamin keselamatan rakyat serta pergerakan boleh dipercayai. Inilah sebab kami menawarkan penduduk Rom penyelesaian terbaik menerusi gaya sport, kestabilan dan kapasiti muatan.

“Bagi mencipta model edisi terhad ini, kami membayangkan sang gladiator (pahlawan Rom) moden, atlit bersemangat kesukanan dan berbangga dengan bandarnya, yang berdepan cabaran harian di arena metropolitan. Seorang individu dengan keinginan, keberanian dan kekuatan untuk mulakan semula,” katanya.

BACA >>> Muzium Juara Dunia 15 Kali Giacomo Agostini Dibuka di Itali

XMAX 300 Roma Edition MMXX masih mengekalkan trenkuasa sedia ada tanpa sebarang pembaharuan mekanikal, iaitu enjin silinder tunggal 292cc dengan teknologi BlueCore berkuasa 28hp dan tork 29Nm.

Cuma 130 unit ditawarkan menerusi pengedar rasmi Yamaha di Rom. Skuter edisi gladiator ini dijual pada harga €5,999 (RM28,910).

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha XMAX Sidecar untuk Penunggang Kurang Upaya

GALERI

SUMBER: Moto.IT | Motociclismo 

Itali roda2 skuter Yamaha Yamaha Italia Yamaha XMAX Roma Edition MMXX
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.