• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Akan Guna Model Perniagaan Baharu

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Akan Guna Model Perniagaan Baharu

May 28, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAKATAN Renault-Nissan-Mitsubishi
bakal menggunakan model perniagaan baharu dalam usaha mengoptimumkan kepakaran ketiga-tiga rakan pengeluar bagi melonjakkan jualan produk berasaskan kekuatan jenama masing-masing mengikut pasaran lebih spesifik.

Seperti diketahui umum, pakatan bertiga itu kini sedang menyusun semula perniagaan selepas mengharungi krisis kepemimpinan dan kegawatan ekonomi global. Model kerjasama baharu itu dibuat bagi menambah daya saing dan keuntungan sesama rakan Pakatan.

Antaranya, mengukuhkan kolaborasi sedia ada dalam pembelian bersama, memanfaatkan kedudukan rakan pengeluar yang menerajui pasaran, termasuk kekuatan geografi, dan saling menyokong perniagaan satu sama lain.

BACA >>> Ghosn: Nissan Bankrap Dua Tahun Lagi

Hasilnya, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi mengumumkan prinsip kerjasama dalam bentuk Peneraju-Pengikut (Leader-Follower) seperti berikut:

  • Mengetengahkan strategi penyeragaman pakatan dari segi platform dan pembuatan produk.
  • Produk dalam bentuk segmen akan menumpukan kepada model induk dihasilkan pengeluar Peneraju yang kemudian disokong rakan Pengikut.
  • Memastikan produk Peneraju dan Pengikut dihasilkan mengikut perancangan paling kompetitif, termasuk pengeluaran berkumpulan jika sesuai.
  • Meneruskan perkongsian model kenderaan komersil ringan (LCV) yang mana kaedah Peneraju-Pengikut sudah dilaksanakan.
Mitsubishi Xpander (2017)
Nissan Grand Livina (2020)

Bagaimanapun, tiada model baharu boleh dijadikan rujukan kerana konsep kerjasama Peneraju-Pengikut baru saja diumumkan. Namun, rujukan paling hampir adalah Mitsubishi menerusi Xpander yang mana Nissan menjenamakan semula model itu sebagai Livina.

Jadi dalam model perniagaan Peneraju-Pengikut, Mitsubishi adalah Peneraju dan Nissan pula Pengikut. Walaupun sama, kedua-dua produk tampil dengan rekabentuk luaran berbeza. Model perniagaan Peneraju-Pengikut itu dijangka dapat mengurangkan pelaburan hingga 40 peratus untuk sesebuah model.

BACA >>> Renault Koleos (2020) Facelift di Malaysia, Harga Mula RM179,888

PENAMAAN LOKASI PASARAN BERBEZA

Selain itu, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi turut mengesahkan prinsip penamaan lokasi berbeza di dunia sebagai rantau rujukan dengan setiap rakan pengeluar menumpukan kepada kawasan prioriti dengan sasaran menjadikan model itu paling berdaya saing. Ia juga akan dijadikan rujukan kepada rakan pengeluar lain untuk menambah baik produk.

Berikut kawasan atau geografi yang ditetapkan:

  1. Nissan: China, Amerika Utara, Jepun
  2. Renault: Eropah, Rusia, Amerika Selatan, Afrika Utara
  3. Mitsubishi Motors: ASEAN dan Oceania (Australia, New Zealand dan lain-lain)

Apabila setiap pengeluar menjadi rujukan pengeluar lain di kawasan masing-masing, ini akan meningkatkan peluang perkongsian kos tetap (fixed cost) selain memanfaatkan aset masing-masing. Dalam pembahagian lokasi pasaran terbaharu, model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C pasca 2025 akan diterajui Nissan, manakala SUV segmen-B di Eropah diterajui Renault.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267k (RM79k)

Buat masa ini, model SUV segmen-C Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi terdiri daripada Nissan X-Trail, Renault Koleos dan Mitsubishi Outlander, manakala segmen-B membariskan Nissan Kicks, Renault Captur dan Mitsubishi ASX.

Jika mengikut rancangan, hampir 50 peratus model pakatan bertiga itu akan dibangunkan dan dikeluarkan di bawah model Peneraju-Pengikut menjelang 2025. Ini bermakna, rakan pengeluar dalam Pakatan masih ada ruang memperkenalkan produk sendiri tanpa mengikut apa dibangunkan rakan pengeluar lain.

Ini penting kerana setiap jenama mempunyai DNA masing-masing yang diwarisi sejak sekian lama. Selain perkongsian model, pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi juga bakal menggunakan model Peneraju-Pengikut mengikut pembahagian teknologi seperti berikut:

  • Pemanduan Autonomi: Nissan
  • Teknologi Konektviti: Renault untuk Android, dan Nissan di China
  • e-body, Sistem Teras (core) dalam Arkitektur Elektrik-Elektronik: Nissan
  • e-PowerTrain (ePT): CMF-A/B ePT - Renault; CMF-EV ePT - Nissan
  • PHEV untuk Segmen-C dan -D: Mitsubishi

Model perniagaan baharu itu bakal membolehkan ahli pengeluar memanfaatkan sebahagian besar kepakaran dan daya saing satu sama lain untuk menguatkan Pakatan secara keseluruhan dalam persekitaran automotif global yang berubah secara radikal.

BACA >>> Mitsubishi Mirage (2020) Versi Dynamic Shield Masuk UK, Harga Mula RM56k
BACA >>> Orang Itali Jadi CEO Renault!
BACA >>> Nissan Pulsar - Hatchback Turbo Berkuasa 188hp, 240Nm untuk Eropah

Related

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alliance, Auto Terkini, Mitsubishi, Nissan, pakatan, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev