MODEL di sebalik seragam kamoflaj itu mungkin Land Rover Discovery kerana nampak sama seperti model sedia ada. Namun foto intip yang sedang anda lihat sekarang ini adalah model prototaip Discovery versi dipertingkat (facelift).
Model facelift itu dijangka mendapat kemas kini terbaharu. Berdasarkan foto intip berkenaan, perubahan mungkin minimal saja dan apa yang dapat dikesan adalah lampu utama dan fasia depan diperbaharui.
BACA >>> Land Rover Discovery Sport Kini di Malaysia, Harga Mula RM379k
TRENKUASA PHEV
Paling penting adalah trenkuasa yang mana pengeluar automotif kini perlu mematuhi regulasi Kesatuan Eropah (EU) terkini jika mahu memasarkan produk ke rantau itu. Tentunya enjin elektrik adalah jalan terbaik dan paling selamat. Discovery facelift itu khabarnya akan menjadi model pertama dilengkapi trenkuasa hibrid plug-in (PHEV).
Persoalannya, enjin apakah yang digunakan di bawah bonet tersebut? Berdasarkan maklumat awal, Discovery standard akan mendapat sokongan sistem generator 48V yang akan dipadukan bersama unit petrol dan diesel.
Selain itu, sistem PHEV baharu itu juga harus ditala supaya lebih lancar, dan berkuasa berbanding model PHEV 1.5L yang baru diperkenalkan pada Range Rover Evoque dan Discovery Sport. Ini termasuk mengemas kini aspek estetika dan menambah baik ciri teknologi seperti sistem infotainment, pengecas wayarles, cermin pandang belakang pintar dan lain-lain.
BACA >>> Land Rover Discovery Sport Kini dengan Pilihan Enjin Petrol 2.0L Ingenium (RM379,800)
BACA >>> Toyota Harrier (2020) yang Kini Tampil Lebih Premium dan Anggun
GALERI
SUMBER: Moto1
Leave a Reply