MODIFIKASI kapcai menggunakan komponen dan aksesori superbike sudah jadi fenomena di Vietnam, lebih-lebih lagi model popular seperti Yamaha Exciter 150 (Malaysia: Y15ZR).
Contohnya kapcai milik mat motor dari bandar Ho Chi Minh ini yang menurutnya mengambil masa lima bulan untuk dibikin dengan menelan belanja kira-kira 250 juta dong (RM46,780).
Sekilas pandang, sebahagian besar rekabentuk Exciter 150 ini mengalami proses ubah suai. Bahagian depan cuba meniru wajah YZF-R1 menerusi penggunaan set lampu projektor dan lampu tirus. Kelihatan ventilator udara di tengah lampu utama kiri dan kanan untuk membantu menyuapkan udara ke bahagian sistem penyejukan cecair.
BACA >>> Yamaha Exciter dengan Enjin 155 VVA, ABS Muncul Tahun Ini di Vietnam?
Naik taraf sistem suspensi depan membabitkan pemasangan fork terbalik (USD) dan sistem brek cakera kembar dengan kaliper Brembo 2-piston. Panel meter asal digantikan unit daripada skuter Yamaha NVX, yang juga antara komponen popular dalam kalangan mat motor Exciter 150 di Vietnam.
Enjin asal ini turut menerima beberapa komponen aftermarket UMA Racing, dan jangan tidak tahu itu jenama buatan Malaysia. Antaranya blok silinder kapasiti besar. Bagaimanapun, resipi dalam enjin tidak didedahkan.
Posisi duduk membongkok membuatkan penunggang Exciter 150 ini terasa seperti menunggang superbike. Perubahan ini membabitkan ubah suai peg kaki baharu pada posisi lebih tinggi dan dianjakkan sedikit ke belakang.
Komponen paling menarik ialah swingarm yang diambil daripada Ducati 1199 Panigale, termasuk dua rim dipercayai jenama Marchesini. Saiz tayar ialah 120/70 di depan dan 190/50 di belakang.
Sistem suspensi belakang daripada Nitron jenis boleh laras mengikut cita rasa penunggang, manakala sistem ekzos menggunakan paip kustom dengan mufler pendek SC Project.
BACA >>> SYM VF3i LE - Edisi Terhad 5,000 Unit dengan ABS Lancar! Harga RM9,338
GALERI
SUMBER: Zing
Leave a Reply