SETAHUN lalu tular model bayangan Ford Ranger baharu dan disahkan sendiri Ford USA sebagai hak milik pengeluar Amerika Syarikat (AS) itu.
Terbaharu, CarExpert Australia melaporkan Ford bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) untuk Ranger (2022) yang dipacukan enjin 4-silinder 2.3L Turbo dengan transmisi automatik 10-kelajuan dan motor elektrik. Gabungan dua sistem konvensional dan elektrik itu menghasilkan kuasa setinggi 362hp dan tork 678Nm.
Angka prestasi itu nyata cukup besar bagi sebuah trak pikap dan menariknya jarak perbatuan juga ditambah. Walaupun Ford sudah ada sistem PHEV sama seperti ditawarkan Explorer dan Escape, tetapi sistem Ranger mungkin sedikit berbeza dengan tambahan kuasa tinggi supaya sepadan segmen dan memenuhi keperluan pembeli.
Difahamkan, Ford turut menawarkan opsyen trenkuasa seperti 4-silinder 2.0L Turbo dan diesel 3.0L V6 yang mungkin tidak diperkenalkan di AS. Walaupun ada beberapa perbezaan ketara antara Ranger versi AS dan Australia, tetapi rekabentuk trak pikap itu masih serupa seperti yang pernah ada sebelumnya.
Menjelang 2022, Ford dijangka melancarkan F-150 versi EV dan trak pikap lebih kecil bawah Ranger.
BACA >>> Mitsubishi Triton Absolute Tampil Ranggi di Bangkok, Mahu Cabar Ranger Raptor?
BACA >>> #RetroAuto: Ramai Tidak Tahu Toyota-Yamaha Pernah Bekerjasama Jual Trak Pikap
SUMBER: Jalopnik
Leave a Reply