• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petrol Bocor: KTM Panggil Balik Husqvarna 701 Svartpilen, 701 Vitpilen

Petrol Bocor: KTM Panggil Balik Husqvarna 701 Svartpilen, 701 Vitpilen

May 27, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM North America
mengeluarkan notis panggil balik untuk dua varian Husqvarna 701 selepas didapati berisiko terbakar akibat masalah kebocoran bahan api.  Dua varian terjejas itu adalah:

  • 701 Svartpilen (2019-2020)
  • 701 Vitpilen (2018-2020)
701 SVARTPILEN
701 VITPILEN

Keputusan KTM itu, yang juga pemilik jenama Husqvarna, dibuat berdasarkan maklumat didedahkan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA).

Menurut notis KTM/Husqvarna, dua model itu berisiko mengalami kebocoran petrol daripada sensor pengukur paras bahan api dan daripada kawasan mounting pam minyak.

Dalam kes luar biasa, kesan kebocoran petrol itu meningkatkan risiko kecederaan dan terbakar. Malah masalah kebocoran tersebut boleh berlaku walaupun motosikal diparkir di kawasan selamat seperti rumah atau tidak ditunggang. Antara petanda masalah tersebut adalah pemilik mungkin terhidu bau petrol daripada motosikal masing-masing.

BACA >>> Husqvarna Svartpilen 701 Style Special Edition Lancar di Jepun Ogos Ini
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Awal Husqvarna (dari Sweden) yang Perlu Anda Tahu

husqvarna-logo
ktm-logo

Setakat ini jumlah Svartpilen dan Vitpilen yang dipanggil balik ialah 1,500 unit. Di Australia saja sebanyak 175 unit dipercayai terjejas, manakala di Kanada membabitkan 251 unit.

Kedua-dua model, 701 Svartpilen dan 701 Vitpilen menggunakan enjin silinder tunggal 693cc daripada KTM 690 Duke berkapasiti yang menghasilkan kuasa 75hp @ 8,500rpm dan tork sekuat 71.8Nm @ 6,750rpm.

KTM setakat ini belum menemui cara penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah kebocoran tersebut, dan siasatan masih dilakukan. Selepas penyelesaian ditemui, KTM akan meminta pemilik menghantar motosikal ke wakil pengedar untuk dibaiki. Kempen panggil balik tersebut sudah dilaksanakan sejak 15 Mei lalu.

Sebagai langkah pencegahan, KTM meminta wakil pengedar tidak lagi menjual dua varian tersebut. Ini termasuk menyekat akses pengedar ke platform pendaftaran motosikal atas talian kerana masih ada sesetengah pengedar masih mahu menjual motosikal tersebut.

SUMBER: UltimateMotorcycling | RideApart

Related

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Husqvarna, KTM, KTM Amerika Utara, KTM North America, NHTSA, Panggil Balik, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev