• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bajaj Pulsar RS400 Debut di Indonesia Ogos Depan

Bajaj Pulsar RS400 Debut di Indonesia Ogos Depan

May 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

988
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAJAJ Pulsar RS400 bakal dilancarkan di Indonesia pada Ogos depan yang juga menjadi debut global. Bagaimanapun, perincian spesifikasi masih tidak didedahkan.

Tidak seperti Pulsar RS200, model Pulsar RS400 menawarkan ciri tunggangan ergonomik yang lebih selesa dengan pelana lebih rendah. Ini diharapkan dapat memenuhi pelbagai segmen pembeli, terutama kalangan penunggang bertubuh rendah.

BACA >>> Harga Kawasaki ZX-25R Bocor di Indonesia, Harga Selepas Cukai Cecah RM36k!

Buat masa ini, Pulsar RS200 adalah satu-satunya sportbike versi fairing penuh dalam barisan produk Bajaj. Namun, sesetengah pembeli mendakwa rekabentuk ditampilkan masih kurang menyengat. Ini kerana tidak semua pembeli sukakan saiz fairing besar dan lampu belakang LED kristal.

Jadi Bajaj Auto memperkenalkan rekabentuk dan gaya baharu untuk Pulsar RS400 menerusi lampu utama LED kembar dengan lampu siang (DRL) LED. Kluster instrumen digital diharapkan menggunakan unit daripada Dominar 400.  Model itu juga akan menerima lampu belakang LED dengan pelana terpisah dan bar genggam belakang.

Trenkuasa menggunakan enjin silinder tunggal 373.3cc dengan tiga palam pencucuh berkuasa 38hp dan tork 35Nm. Tentunya akan ada sedikit talaan supaya seseuai dengan karakter Pulsar RS400. Khabarnya Bajaj Auto sudah melengkapkan dokumentasi produk berkenaan dengan Kerajaan Indonesia dan model berkenaan dijadualkan dilancarkan Ogos nanti.

BACA >>> #BikinMotor: Dulu Bajaj Pulsar NS200, Sekarang Kawasaki Z1000

* Imej dalam artikel ini ialah versi Pulsar RS200

GALERI
BAJAJ PULSAR RS200_4
BAJAJ PULSAR RS200_7
BAJAJ PULSAR RS200_1
BAJAJ PULSAR RS200_8
BAJAJ PULSAR RS200_3
BAJAJ PULSAR RS200_6
BAJAJ PULSAR RS200_5

SUMBER: IndianAutosBlog

Related

988
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, bajaj, Bajaj Auto, Bajaj India, bajaj modenas, Bajaj Pulsar RS400, pulsar rs200, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev