BOCOR beberapa foto imej intip Yamaha Exciter RC (Malaysia: Y15ZR @ YSuku) versi V3 dari negara jiran Vietnam. Jelas kelihatan nama 'Exciter RC' dan lencana Yamaha pada panel badan kapcai tersebut yang dipercayai dirakamkan dalam kotak kargo penghantaran.
Jika mengambil kira spesifikasi sportbike YZF-R15, supermoped itu bakal dijana enjin silinder tunggal 155cc SOHC VVA berkuasa 19.04hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan (dengan ciri A&S)?
BACA >>> SYM VF3i LE - Edisi Terhad 5,000 Unit dengan ABS Lancar! Harga RM9,338
Rekabentuk sosok badan masih seperti model sedia ada. Perubahan ketara dapat dikesan pada panel kepala, lampu depan dan lampu belakang. Suis penghidup juga diperbaharui yang kali ini tidak lagi memerlukan kunci penghidup fizikal (keyless), manakala panel meter dijangka jenis LCD penuh. Bahagian roda pula menggunakan sistem brek cakera di depan dan belakang
Jika anda peminat Yamaha, adakah anda teruja dengan rekabentuk YSuku begini? Atau anda lebih mementingkan prestasi enjin yang kini sudah dipertingkat?
BACA >>> Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Sistem Klac Yamaha Y15ZR dengan R15 untuk Transmisi Lebih Lancar
Jan says
kalau 155cc, baik beli motor 200cc terus, roadtax sama je. harga pulak cmne? kalau lebih dari 10k dah terlalu mahal untuk sebuah kapcai.
tapi mmg teruja dgn ciri2 teknologi tinggi yg mungkin ada pada motor ni, suka jgk dgn konsep "supermoped" dimana motor kapcai diberikan ciri2 canggih seperti VVA, assist and slipper clutch, abs, dan mungkin juga traction control serta quickshifter dan autoblipper.
cuma harga jelah nanti jadi tak logik haha
Yem says
Moto kapcai
Da serupa harga Myvi seken
Apa kejadahnya....opsss sori