TORSUS ialah pengeluar automotif dari Republik Czech yang diasaskan pada 2016. Syarikat ini terlibat dalam bidang industri berat, utiliti dan perkhidmatan kerajaan. Antara produk dihasilkan ialah bas yang diubah suai untuk kegunaan lasak, tugas berat dan off-road.
Torsus turut bekerjasama dengan pengeluar dari Jerman, MAN dan Volkswagen untuk membangunkan beberapa komponen seperti casis dan trenkuasa.
Bas dikeluarkan Torsus ini diberikan nama Praetorian yang baru-baru ini maraih Anugerah Red Dot 2020 dalam kategori Rekabentuk Produk 2020.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bas KL Hop-On Hop-Off yang Perlu Anda Tahu
Praetorian adalah produk hasil kerjasama dengan Werkemetion, iaitu studio rekabentuk industri dan pengangkutan yang diberikan tanggungjawab untuk merekabentuk bas pacuan empat roda tahan lasak pertama dunia.
Bas tersebut direka untuk dijadikan pengangkutan kakitangan dan peralatan untuk merentasi persekitaran paling mencabar dunia seperti kawasan industri minyak dan gas, perlombongan, kecemasan dan bencana alam, ekspedisi, safari dan lain-lain.
Praetorian dibina berasaskan casis MAN dengan trenkuasa juga daripada syarikat sama, iaitu diesel 6-silinder DLD0836 LFL40 berkuasa 240hp dan tork 925Nm serta dipadankan transmisi semi-auto.
Tangki bahan api mempunyai kapasiti hingga 300 liter, manakala saiz roda 20 inci dibalut tayar Michelin saiz 395/85. Sistem brek pula menggunakan jenis dram daripada MAN Brake Matic dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Dari segi kapasiti, bas ini mampu menampung maksimum 35 penumpang dan setiap kerusi dilengkapkan tali keledar 3-poin.
Sebagai bas off-road, lantai digunakan adalah jenis tahan lasak, manakala cermin tingkap diperkuat supaya tahan daripada hentakan batu dan punca kerosakan lain. Turut dibekalkan ialah alat pemadam api. Berat maksimum dibenarkan ialah 13,500kg dengan jarak kelegaaan bumi 389mm.
BACA >>> Rapid KL Tambah Bas Mini Hino Poncho, Kekerapan Trip Kini 15 Minit Sekali
Pengiktirafan Anugerah Red Dot pasti cukup bermakna buat Torsus yang mengharapkan ia mampu melonjakkan reputasi jenama itu.
Anugerah Red Dot adalah anugerah paling berprestij dalam dunia rekabentuk dan berusia lebih 60 tahun. Penilaian dilakukan melibatkan kira-kira 6,500 produk dari 60 negara seluruh dunia.
Pada Jun 2020, Praetorian dibawa ke Pameran Design on Stage di Muzium Rekabentuk Red Dot Essen, Jerman dan turut dipamerkan dalam laman web dan juga buku tahunan Red Dot Design Yearbook 2020/2021. Tiada harga ditetapkan untuk Praetorian kerana bas seperti ini biasanya bergantung kepada spesifikasi dimahukan pembeli.
BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom - Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty
Leave a Reply