HYOSUNG memperkenalkan bobber Aquila GV300S Bobber ke Sepanyol pada harga kompetitif, iaitu bawah €5,000 (RM23,800). Pengeluar motosikal dari Korea Selatan itu ada juga menjual dua model Aquila, iaitu GV250DR dan GV125S.
Pengenalan GV300S Bobber dilihat sebagai rancangan Hyosung untuk menguatkan barisan siri Aquila di Sepanyol.
Hyosung terkenal sebagai jenama yang berani meletakkan harga kompetitif di Eropah. GV300S Bobber misalnya, dijual pada harga €4,495 (RM21,400), termasuk cukai dan pendaftaran, yang mana tanda harga itu cuma berbeza €150 (RM710) daripada GV250DR, €4,345 (RM20,677).
Model ini ditawarkan dalam dua warna pilihan, hitam dan hijau zaitun.
BACA >>> Hyosung - Jenama Motosikal dari Korea, Pernah Diperkenalkan Sebagai Naza Blade
Hyosung menggunakan blok enjin sama seperti GV250DR pada model baharu ini tetapi jurutera syarikat melakukan naik taraf mekanikal termasuk kapasiti ke paras 300cc.
GV300S Bobber menggunakan enjin dwi-silinder V-Twin DOHC 4-injap setiap silinder dengan transmisi dinaik taraf kepada 6-kelajuan. Sistem penyejukan menggunakan minyak dan air. Prestasi dihasilkan ialah 30hp @ 8,500rpm dan tork 25.6Nm.
Saiz bobber ini juga lebih kompak dengan berat 172kg, iaitu lebih ringan 13kg daripada GV250DR. Berat badan ringan juga menjadi penyumbang kepada prestasi lebih berkuasa.
Instrumen meter menggabungkan ciri analog dan digital, manakala saiz rim sama seperti model adik 250cc, bersaiz 16 inci untuk roda depan dan 15 inci di belakang. Motosikal ini turut dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
BACA >>> Korea Selatan Beri Pek Penjagaan Diri, Makanan untuk Rakyat Jalani Kuarantin Covid-19
SPESIFIKASI
ENJIN: 2-Silinder V-Twin DOHC 8-injap
GEREK x LEJANG: 58mm x 56mm
KAPASITI: 295.9 cc
NISBAH MAMPATAN: 12:01
KUASA: 30hp @ 8,500rpm
TORK: 25.6Nm @ 6,500rpm
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
SUSPENSI: Fork teleskopik (depan); Absorber kembar boleh laras (belakang)
BREK: Cakera 270mm dengan kaliper 3-piston, ABS (depan); Cakera 250mm dengan kaliper 2-piston, ABS
TAYAR: 120/80-16 (depan); 150/80-15 (belakang)
GALERI
SUMBER: MotoPassionMoto
Leave a Reply