• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAA: Cuma 131 Kereta Terjual Sepanjang April 2020, Jualan Merosot 99 Peratus!

MAA: Cuma 131 Kereta Terjual Sepanjang April 2020, Jualan Merosot 99 Peratus!

May 22, 2020 By Han Othman Leave a Comment

353
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUALAN dan pengeluaran kenderaan sepanjang April 2020 merosot teruk, iaitu lebih 99 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, menurut statistik dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Jualan April 2020 juga rendah lebih 99 peratus berbanding bulan sebelumnya pada Mac 2020 berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 12 Mei lalu. Sepanjang tempoh tersebut, automotif tidak lagi menjadi sektor utama dalam negara.

Berdasarkan trend tahun-tahun terdahulu, jualan April 2020 sepatutnya lebih tinggi daripada Mac 2020. Namun, bulan lalu mencatatkan angka jualan paling rendah akibat krisis Covid-19.

BACA >>> MAA: Kereta Atas Jalan (OTR) dan CKD Tak Naik Harga Tahun Ini!

Bagaimanapun, jualan bulan ini (Mei 2020) dijangka lebih tinggi daripada April 2020 selepas Kerajaan mula melonggarkan syarat ketat PKP dengan membenarkan banyak sektor ekonomi memulakan operasi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula menerima pendaftaran kenderaan baharu bermula 13 Mei lalu, manakala cawangan-cawangan agensi Puspakom sudah memulakan operasi.

Bagaimanapun, keyakinan dan sentimen pembeli diramalkan masih rendah dengan kemerosotan jumlah kehadiran di bilik pameran pengeluar seluruh negara. Pada masa sama, pihak bank pula masih sukar meluluskan pinjaman jual beli kenderaan baharu.

BACA >>> Pemandu Viva Dirempuh Lamborghini Dapat Ganti Myvi

Related

353
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Jualan April 2020 Merosot, Jualan Kenderaan Mac 2020, Jualan Merosot, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my