MODENAS melancarkan Kempen Pakej Prihatin Modenas bermula 18 Mei-31 Julai ini dengan menawarkan diskaun alat ganti terpilih, caj buruh dan lain-lain.
Tawaran tersebut kini tersedia di pusat servis Modenas terpilih seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, semua pemilik kapcai, skuter, streetbike dan touring bike berpeluang menikmati faedah maksimum pada harga mampu bilik di bawah pakej berkenaan.
Pemilik layak mendapat potongan harga hingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih seperti penapis minyak, minyak enjin, pad brek, palam pencucuh dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan percuma 16 komponen dan pengimbasan unit kawalan elektronik (ECU) untuk model di bawah pakej tersebut, iaitu:
- Dominar D400
- Pulsar NS200 dan RS200
- V15
- Downtown 250
- Elegan 250
- Karisma 125
- Kriss - MR1, MR2 dan 110
Pelanggan akan diberikan pelitup muka apabila berada di Pusat Servis, manakala semua motosikal akan disanitasi sepenuhnya secara percuma.
Waktu operasi Pusat Servis Modenas adalah enam hari seminggu, iaitu 8.30 pagi - 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 8.30 pagi - 1.00 petang (Sabtu).
BACA >>> Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!
BACA >>> Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas?
GALERI
Mat Razhi Ahmad says
السلام عليكم
Saya pernah memiliki beberapa biji motorsikal berkuasa tinggi antaranya CBX750, Kawasaki zzr, Bmw Funduro, aprilia, dan skooter sym, Akhir sekali saya cuba elegan 250 dan saya dah jual kerana kecewa beberapa sebab. Saya tinggal di sekitar Guar Cempedak dan bekerja di Penang. motor tersebut jika rosak di Penang tak ada masalah tapi jika rosak di kedah mengecewakan. Saya pernah berkunjung ke Pusat service modenas. untuk tukar tayar dan belting, saya ingat murah dan makanik handal sbb di pusat service. tapi sebaliknya. Saya tanya kenapa tayar belakang motor saya makan sebelah. Dia menjawap dengan bangganya " Encik bubuh angin tak cukup". Kalau dia bagi tau ebsorber rosak ke bearing rosak ke atau kena periksa dulu tu logik la, lepas tu saya beritahu saya pakai byk motor dan ride seluruh Thai,burma sampai sempadan China saya bodoh ka tak tau nak bubuh angin tayar motor. sedangkan perkara tu amat penting untuk motorsikal berkuasa tinggi.. Saya juga amat kesal kerana modenas ambil dari kymco mavam tu tak pandai nak buat ubahsuai atau penambahan aksesori bagi lebih cantik seperti Yamaha ada bermacam macam. Modenas beli mcm tu jual mcm tu. apa pun tak ada. dah la tu ada pula mekanik tak pandai dan berkebolehan. kalau mcm ni bila pun tak akan maju. cuba la belajar buat mcm sym ka..kaji la sikit. jngan jadi pegawai duk dalam office jaga gaji dan perut sendiri ja. jaga kepuasan oelanggan dan apa yg pelanggan mahu dan apa yg pelanggan masa kini mahu motor. No motor saya PMU 2041 hp saya 011 10696631. Saya bukan nak apa apa cuma mahu lihat orang saya dan bangsa saya maju..dan berjaya mcm bangsa lain.