NAZA Kia Malaysia memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Kia Grand Carnival versi dipertingkat (facelift) dengan menampilkan beberapa kemas kini selepas dua tahun menjengah pasaran Malaysia.
Antara pembaharuan diperkenalkan Grand Carnival facelift ialah:
- Transmisi 8-kelajuan berbanding 6-kelajuan untuk model terdahulu
- Rak bumbung
- Lampu depan projektor halogen dengan lampu siang (DRL) LED
- Lampu kabus projektor dengan perumah baharu
- Semua tingkap kini boleh dinaikkan dan diturunkan automatik berserta kunci keselamatan
- Tambahan palam USB di tempat duduk baris keempat
- Ciri arahan suara pada stereng
Grand Carnival facelift dikuasakan enjin diesel 2.2L TCI berkuasa 198hp @ 3,800rpm dan tork 440Nm @ 1,750rpm. Padanan rim aloi perak 18 inci disalut tayar 235/60. Ruang kabin menawarkan empat konfigurasi tempat duduk untuk keselesaan penumpang, dan ekstra ruang lebih luas.
Kerusi dinamik Multiflex boleh laras membolehkan pemilik lebih fleksibel dalam memilih konfigurasi kerusi sama ada 6, 7, 8 atau 11. Ciri pintu gelungsur kuasa untuk kedua-dua belah pintu penumpang memudahkan operasi masuk dan keluar. Turut tersedia kluster meter LCD 3.5 inci dan skrin sentuh 7.0 inci HMI sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Harga jualan Grand Carnival ialah RM179,888 (tanpa insurans) dan didatangkan dalam pilihan warna putih mutiara, perak, hitam dan logam (Panthera Metal). Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti lima tahun.
BACA >>> 10 Fakta Pantas | Kia Grand Carnival 2.2D SX (2018) Kini di Malaysia, Harga RM188,888
BACA >>> Honda BR-V Sudah Sailang Segmen MPV Kompak, Bilakah Pengganti Perodua Alza?
Evilen says
how to take order for 7seater?