• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKPB: Proton Laksana 10 SOP Baharu di Pusat Servis

PKPB: Proton Laksana 10 SOP Baharu di Pusat Servis

May 16, 2020 By Azhan O Leave a Comment

336
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUSAT Servis Proton kini melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu dalam usaha membendung penularan Covid-19 selepas mengambil kira kemungkinan kehadiran pelanggan yang ramai.

Menurut kenyataan Proton, langkah SOP baharu itu dibuat bagi menjaga keselamatan pelanggan yang menjadi aspek kritikal diutamakan selepas tidak beroperasi hampir dua bulan.

Berikut 10 SOP baharu dilaksanakan Pusat Servis Proton sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini:

  1. Pelanggan perlu buat janji temu terlebih dahulu jika mahu melakukan servis.
  2. Pelanggan tanpa janji temu tidak akan dibenarkan masuk.
  3. Meletakkan tanda penjarakan sosial di setiap kaunter pendaftaran, meja penasihat servis, kaunter pembayaran dan ruang menunggu.
  4. Pelanggan perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis.
  5. Perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan.
  6. Menyediakan cecair sanitasi tangan di kaunter pendaftaran.
  7. Menampal poster keselamatan di semua pusat servis Proton.
  8. Setiap kereta akan disanitasi selepas servis dan sebelum diserahkan semula kepada pemilik.
  9. Mengehadkan jumlah janji temu diterima setiap hari.
  10. Mempercepatkan urusan servis daripada proses pendaftaran hingga kereta diserahkan semula kepada pelanggan bagi mengelak jumlah kakitangan dan pelanggan berada di satu tempat pada masa sama.

BACA >>> PKPB: Polis Laksana 144 Sekatan Jalan Raya di Sempadan Negeri, Plaza Tol
BACA >>> PKPB: Perak Benarkan Solat Jumaat dan Aidilfitri, Tapi Tidak Lebih 12 Orang

GALERI
sop-baharu-pusat-servis-proton-pkpb-1
sop-baharu-pusat-servis-proton-pkpb-2
sop-baharu-pusat-servis-proton-pkpb-3
sop-baharu-pusat-servis-proton-pkpb-4
sop-baharu-pusat-servis-proton-pkpb-5
sop-baharu-pusat-servis-proton-pkpb-6
sop-baharu-pusat-servis-proton-pkpb-7

Related

336
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKPB, Prosedur Operasi Standard (SOP), Proton, pusat servis proton, SOP, SOP PKPB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev