KINI banyak negeri sudah mula membenarkan jemaah ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergeraskan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun nanti.
Walaupun bersetuju melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi setiap negeri masih berbeza syarat kebenaran seperti jumlah jemaah dan jenis solat dibenarkan.
Sebagai contoh, Perlis membenarkan solat Jumaat, tetapi tidak untuk solat Aidilfitri. Di Wilayah Persekutuan pula, jumlah jemaah dibenarkan adalah hingga 30 orang, sebaliknya di Selangor cuma untuk 12 orang.
Di bawah ini kami senaraikan jabatan agama yang sudah membuat pengumuman tentang kebenaran solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri di negeri masing-masing.
BACA >>> PKPB: KL, Putrajaya dan Selangor Bukan Rentas Negeri, Had Satu Kereta Masih 4 Orang
BACA >>> PKPB: Polis Laksana 144 Sekatan Jalan Raya di Sempadan Negeri, Plaza Tol
* Maklumat berdasarkan laporan berita semasa dan akan dikemas kini.
JOHOR
- Jumaat: Mula 15 Mei, tidak lebih 12 jemaah, termasuk imam satu dan dua, bilal, siak dan lapan individu dijemput
- Aidilfitri: Dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM
KEDAH
- Jumaat: Mula 22 Mei, tidak lebih 12 jemaah, dibuat di masjid sahaja
- Aidilfitri: Dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM, lakukan penjarakan sosial, bawa sejadah sendiri, ambil wuduk di rumah
MELAKA
- Jumaat: Mula 29 Mei, tidak lebih 40 jemaah (termasuk imam, khatib, bilal dan pegawai masjid)
- Aidilfitri: Tidak dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM, jemaah atas jemputan dan penggiliran, ikut keluasan masjid
PERAK
- Jumaat: Mula 15 Mei, tidak lebih 12 jemaah (termasuk imam dan khatib)
- Aidilfitri: Dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM, individu lebih 60 tahun tidak digalakkan, tidak dibenarkan untuk individu demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema, serta penyakit (kencing manis, darah tinggi, lelah, barah dan sebagainya), buat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan, rekod kehadiran, bawa sejadah sendiri dan ambil wuduk dari rumah.
PERLIS
- Jumaat: Mula 15 Mei, tidak lebih 12 jemaah (ajk masjid sahaja)
- Aidilfitri: Tidak dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM, individu 60 tahun ke atas dan berpenyakit tidak dibenarkan, penjarakan sosial 2 meter, sanitasi tangan, ambil rekod kehadiran, pakai pelitup muka, ambil wuduk dari rumah
SARAWAK
- Jumaat: Mula 22 Mei, tidak lebih 12 jemaah di masjid dan surau.
- Aidilfitri: Dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM, jumlah jemaah lelaki minimum 4 orang, masjid dan surau dibuka 30 minit sebelum waktu solat, saringan suhu, daftar kehadiran
SELANGOR
- Jumaat: Mula 15 Mei, tidak lebih 12 jemaah
- Aidilfitri: Dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM, imam dan AJK masjid sahaja dibenarkan, ambil wuduk di rumah
TERENGGANU
- Jumaat: Mula 22 Mei untuk tidak lebih 40 orang jemaah, satu masjid untuk satu daerah
- Aidilfitri: Tidak dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM, ambil wuduk terlebih dahulu, umur bawah 60 tahun dan tiada gejala demam, selesema, sesak nafas dan penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain
WILAYAH PERSEKUTUAN
- Jumaat, dan Fardu: Mula 15 Mei, tidak lebih 30 jemaah, untuk masjid dan surau zon hijau sahaja.
- Terawih dan Aidilfitri: Dibenarkan
- SYARAT: Ikut SOP KKM, jemaah kalangan AJK masjid dan individu atas jemputan, ambil wuduk dari rumah, bawa sejadah sendiri, warga emas lebih 70 tahun dan individu berpenyakit kronik dilarang, buka kaunter (periksa suhu, sanitasi tangan dan rekod kehadiran), bawa kad pengenalan, bersurai selepas bacaan doa selepas solat.
Leave a Reply