• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Teknologi Hibrid F1 Jadi Ilham Honda Jazz Hybrid Baharu

#TahukahAnda: Teknologi Hibrid F1 Jadi Ilham Honda Jazz Hybrid Baharu

May 17, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEKNOLOGI Formula Satu (F1) walaupun asalnya rumit dan mahal, tetapi hari ini sudah banyak diimplementasikan pada kereta penumpang seperti ciri pedal syif, casis gentian karbon, suspensi adaptif dan lain-lain.

Terbaharu Honda mengumumkan menggunakan pengalaman dan kepakaran daripada teknologi F1 Hybrid Power Unit untuk menambah baik kecekapan tenaga sistem e:HEV pada Honda Jazz Hybrid baharu.

Umum tahun Honda terlibat dalam aksi F1 menerusi Aston Martin Red Bull Racing dan Scuderia Toro Rosso. Unit Kuasa (PU) Hibrid Honda F1, dinamakan RA620H, menggunakan enjin pembakaran dalaman 6-silinder 1,600cc berkecekapan tinggi yang digabungkan bersama Sistem Pemulihan Tenaga (Energy Recovery System, ERS).

Cara sistem hibrid elektrik canggih beroperasi adalah mengitar semula tenaga yang dihasilkan brek dan gas ekzos bagi menghasilkan tenaga tambahan untuk pecutan dan mengurangkan jeda turbo (turbolag).

Pada musim F1 2019, PU Hibrid Honda membantu dua rakan pasukan, Aston Martin Red Bull Racing dan Scuderia Toro Rosso meraih tiga kejuaraan pusingan dan enam kedudukan podium. Ketika perlumbaan, pasukan jurutera F1 Honda sentiasa menilai dan menukar nisbah pemulihan (recovery) kuasa dan pelepasan tenaga daripada sistem hibrid untuk memberikan prestasi optimum.

Kepakaran yang diperoleh daripada proses operasi PU hibrid menerusi kecekapan dan output kuasa optimum nyata mempengaruhi teknologi trenkuasa e:HEV untuk kereta penumpang Honda. Model terkini mendapat manfaat teknologi tersebut ialah Jazz Hybrid baharu.

Teknologi ERS e:HEV akan mengitar semula tenaga untuk mengecas bateri dan menyokong output enjin dalam beberapa dimensi seperti prestasi bertenaga, penukaran pelbagai mod pemanduan dengan lancar dan tahap kecekapan maksimum.

BACA >>> Myvi Lawan Jazz Punca Bayi 18 Bulan Tercampak Keluar Kereta

SISTEM e:HEV PADA JAZZ HYBRID

Sistem e:HEV yang ada pada Jazz Hybrid terdiri daripada:

  • Dua motor elektrik kompak dan berkuasa
  • Enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC
  • Bateri litium-ion
  • Transmisi jenis gear kekal melalui unit kawalan kuasa pintar (tidak menggunakan kotak gear konvensional)

Semua sistem di atas bergerak secara harmoni untuk memberikan respon langsung dan lancar. Sistem pemanduan hibrid e:HEV menawarkan tiga mod pemanduan yang saling bertukar seperti:

  • EV Drive: Bateri litium-ion membekalkan kuasa pada motor propulsi elektrik secara langsung.
  • Hybrid Drive: Enjin membekalkan kuasa kepada generator elektrik yang kemudian membekalkan pula kepada motor propulsi elektrik.
  • Engine Drive: Enjin dihubung terus dengan roda melalui klac lokap (lock-up clutch) dan tenaga pacuan dihantar terus dari enjin ke roda.
honda-e-technology
e-hev-honda-logo

Dalam banyak situasi pemanduan dalam bandar, tahap kecekapan optimum dicapai menerusi peralihan antara mod EV Drive dan Hybrid Drive.

EV Drive turut digunakan dalam situasi nyah pecut (deceleration) yang mana tenaga diperoleh daripada pembrekan regeneratif untuk pengecasan bateri. Selain itu, tenaga lebihan mod Hybrid Drive daripada enjin juga boleh dialihkan untuk mengecas bateri menerusi motor generator.

Mod Engine Drive pula berfungsi ketika pemanduan berkelajuan tinggi (seperti di lebuh raya) dengan tambahan kuasa on demand daripada motor propulsi elektrik untuk pecutan laju.

GUNA TRANSMISI eCVT

Tanpa kotak gear konvensional, Jazz Hybrid menggunakan transmisi variabel berterusan elektronik eCVT dengan nisbah gear-tetap (fixed-gear) tunggal yang mewujudkan sambungan terus sesama komponen bergerak. Hasilnya adalah anjakan tork lancar dengan fiil linear ketika memecut dalam semua mod pemanduan.

Honda memang berpengalaman luas dalam dunia perlumbaan menerusi kemenangan pertama F1 pada 1965. Sepanjang penglibatan sukan perlumbaan itu, Honda sudah memenangi 74 Grand Prix dan enam kejuaraan pengeluar. Ini membolehkan Honda mengekalkan keupayaan kejuruteraan termaju dan menterjemahkan kepakaran trek untuk model-model penumpang.

BACA >>> Selepas Jepun, Honda AS Pula Ubah Suai Odyssey Hadapi Covid-19
BACA >>> Harga Honda Jazz (2020) UK Didedahkan, Bermula RM101k, Cuma Enjin Hibrid

GALERI
302370_ALL-NEW_HONDA_JAZZ_INSPIRED_BY_FORMULA_1_HYBRID_EXPERTISE
302371_ALL-NEW_HONDA_JAZZ_INSPIRED_BY_FORMULA_1_HYBRID_EXPERTISE
Honda Jazz Crosstar.02
Honda Jazz Crosstar.01
honda-jazz-hybrid-uk-15
honda-jazz-hybrid-uk-16
honda-jazz-hybrid-uk-2
honda-jazz-hybrid-uk-6
honda-jazz-hybrid-uk-10
honda-jazz-hybrid-uk-11
honda-jazz-hybrid-uk-4
honda-jazz-hybrid-uk-7
honda-ers-energy-recovery-system-1
honda-ers-energy-recovery-system-3
honda-jazz-hybrid-e-hev-bg
honda-ers-energy-recovery-system-2
honda-jazz-features

Related

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment, Roda4 Tagged With: Aston Martin Red Bull Racing, e:HEV, Energy Recovery System (ERS), hibrid, Honda, Honda Jazz, Honda RA620H, Roda4, Scuderia Toro Rosso, Sistem Pemulihan Tenaga (ERS), teknologi, Teknologi Hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev