• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Perkenal Logo Baharu di Malaysia, Era Digital Baharu Kini Bermula

Volkswagen Perkenal Logo Baharu di Malaysia, Era Digital Baharu Kini Bermula

May 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan rekabentuk jenama 'New Volkswagen' di Malaysia yang direka berasaskan etos 'Vibrant Power' sebagai gambaran visi baharu jenama tersebut.

Menumpukan kepada aplikasi digital dan elemen manusia, pengenalan visual baharu Volkswagen tampil berbeza berbanding imej terdahulu yang kali ini tampak lebih berani dalam perlbagai variasi warna.

Logo Volkswagen baharu direka lebih moden dan ringkas dengan rekaan lebih rata dalam bentuk dua dimensi (2D) yang lebih mudah disesuaikan secara digital. Lekuk huruf 'W' kini tidak lagi bersentuhan dengan bulatan. Rekabentuk yang tidak lagi sofistikated membuatkan logo baharu jenama automotif dari Jerman itu lebih fleksibel untuk digunakan.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pengenalan tersebut adalah mewakili era baharu jenama Volkswagen. Penyusunan semula rekabentuk jenama Volkswagen adalah antara kempen penjenamaan semula terbesar dunia yang melibatkan lebih 171 pasaran dan 10,000 wakil jualan.

Di Malaysia, sebanyak 21 premis jualan akan diperbaharui luaran dan dalaman secara berperingkat selama beberapa bulan berikutnya. Laman web Volkswagen Malaysia dan semua saluran media sosial juga sudah diperbaharui seiring rekabentuk jenama baharu itu.

Laman web kini menampilkan navigasi dan aksesibiliti pengguna yang lebih sederhana untuk komputer dan peranti mudah alih dengan maklumat komprehensif mengenai barisan model, jualan dan penawaran penjualan, tempahan pandu uji, maklumat rangkaian peniaga, dan ruang berita.

BACA >>> Volkswagen Perkenal Logo Baharu Sebagai Permulaan Era Mobiliti Elektrik
BACA>>>Model Volkswagen Paling Laris 2019, Bukan Golf Tapi Tiguan!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Erik Winter, logo, Logo Volkswagen, New Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM), VPCM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev