• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cemerlang dengan KTM, Espargaro Jadi Sasaran Honda untuk Jinakkan RC213V

Cemerlang dengan KTM, Espargaro Jadi Sasaran Honda untuk Jinakkan RC213V

May 13, 2020 By Aryon Leave a Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI cerita dari padok MotoGP dan kali ini kedengaran desas-desus mengenai pelumba KTM Factory Racing, Pol Espargaro yang khabarnya mendapat perhatian pasukan Honda.

Honda dikatakan berminat dengan Espargaro selepas melihat prestasi beliau bersama KTM yang semakin meningkat naik saban tahun sejak debut bersama pasukan dari Austria tersebut.

Sepanjang mengemudi RC16, Espargaro bukan saja pernah menjejak podium dan mendapat petak depan, malah beberapa kali meraih kedudukan 10 pelumba terbaik. Jadi tidak hairan pelumba Sepanyol itu dilihat memiliki potensi untuk bersama pasukan kelas atasan.

pol-espargaro
pol-espargaro-helmet-ktm

Kemampuannya mengekang RC16 ketika pelumba hebat lain seperti Johann Zarco bergelut melakukannya memberikan bayangan yang beliau mampu menjinakkan RC213V.

Espargaro ketika ditemu bual DAZN mendakwa berita yang mengaitkan dirinya dengan Honda cuma khabar angin buat masa sekarang. Namun, pada masa sama beliau percaya mampu beraksi baik dengan RC213V jika diberikan peluang.

Honda ialah motosikal agresif yang boleh disesuaikan dengan gaya tunggangan aku. Aku rasa Marc (Marquez) dan aku menunggang dalam cara sama dengan jentera yang sangat berat. Walaupun stereng bergerak atau rapat, kau boleh elak terjatuh. Kami ada gaya tunggangan yang agak sama."

NASIB ALEX TIDAK MENENTU?

Alex Marquez_5
Alex Marquez_3

Tetapi, bukankah Honda sudah pun ada Alex Marquez yang juga adik kepada juara bertahan, Marc Marquez? Buat masa ini Honda nampaknya mahu mengekalkan Alex hingga musim 2021 walaupun kemampuannya masih belum benar-benar teruji kerana musim 2020 belum pun bermula.

Alex direkrut Honda Racing Corporation (HRC) sebagai pengganti kepada Jorge Lorenzo yang memilih untuk bersara menjelang penghujung musim 2019.

Di kem KTM pula, pasukan itu nampaknya terpaksa bergantung penuh kepada kemampuan Espargaro yang sudah bersama sejak debut MotoGP 2017. Malah, usaha membawa masuk Zarco juga menemui kegagalan apabila pelumba Perancis itu bergelut untuk mendapatkan prestasi sebenar hingga memaksa beliau disingkirkan awal sebelum saingan tamat.

BACA >>> KTM Pecat Zarco! Kallio Habiskan Baki Saingan Musim 2019
BACA >>> Oliveira Bengang Zarco 'Sailang' Tiba-Tiba di Selekoh!

Johann ZArco
johann-zarco-jatuh-gp-misano-2019

Kini cuma Espargaro menjadi satu-satunya pelumba KTM paling berpengalaman berbanding pelumba lain seperti rookie Brad Binder dan Iker Lecuona, serta pelumba musim kedua Miguel Oliveira.

Sebagai perbandingan, RC16 memerlukan seseorang pelumba itu memiliki sepasang tangan kuat dan inilah sebab kenapa Zarco sukar menjinakkan jentera tersebut. Tambahan lagi, bekas pelumba Yamaha Tech3 itu memiliki gaya tunggangan lembut dan lancar yang lebih secocok dengan Yamaha YZR-M1.

Jadi, jika dibandingkan barisan pelumba MotoGP sedia ada, Espargaro memang memiliki potensi menjadi pelumba Honda.

SUMBER: VisorDown

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Marquez, Auto Terkini, Honda Racing Corporation (HRC), MotoGP, Pol Espargaro, Red Bull KTM Factory Racing, Repsol Honda, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev