• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 (2020) Kini Dilengkapi Sistem Penulenan Udara Pintar-Proton (P-IAPS)

Proton X70 (2020) Kini Dilengkapi Sistem Penulenan Udara Pintar-Proton (P-IAPS)

May 12, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON memperkenalkan Sistem Penulenan Udara Pintar-Proton (Proton-Intelligent Air Purification System, P-IAPS) sebagai sebahagian ciri standard X70 (2020).

P-IAPS menggabungkan Penapis Kabin N95 dan Sistem Penulen Udara (APS) sebagai cara komprehensif untuk menambah baik kualiti udara dalam kabin. Sistem tersebut juga meningkatkan penapisan aliran udara ke ventilator udara penumpang belakang.

Penapis Kabin N95 mampu menyingkirkan 95 peratus partikel bersaiz lebih 0.3 mikron, dan turut menapis 98 peratus debu PM2.5. Sistem tersebut membantu menghalang kehadiran partikel asap, debu, bakteria dan bahan cemar lain, sekali gus menghasilkan peredaran udara baik dan segar dalam sistem penyaman udara.

Sistem Penulen Udara (Air Purification System, APS) sedia ada pada semua model X70 masih dikekalkan yang menggunakan penapis Udara Berzarah Kecekapan Tinggi (High Efficiency Particulate Air, HEPA) untuk menyingkirkan 99.97 peratus partikel melebihi 0.3 mikron. Kandungan bahan karbon aktif pula bertindak menghilangkan bau busuk, dan bahan organik formaldehid (formaldehyde), termasuk menyerap dan menulenkan partikel daripada asap.

Sementara itu, ionizer terbina dalam pula membantu menyahkan ion negatif untuk membersihkan udara. Ion-ion tercas secara elektrik itu berfungsi menarik partikel udara halus dan menjatuhkannya dari udara.

KELEBIHAN P-IAPS

Kelebihan utama P-IAPS adalah ciri gabungan APS dan Penapis Kabin N95 yang berfungsi menapis udara tercemar daripada masuk ke ruang kabin dengan menawarkan perlindungan tahap tinggi terhadap pencemaran bawaan udara.

Sistem penapis baharu ini akan dipasangkan pada X70 (2020) yang dikeluarkan dari Kilang Tanjung Malim. Pemilik X70 sedia ada juga boleh menukar dan menambah baik penapis asal kepada Penapis Kabin N95 pada harga RM79 (tidak termasuk kos pekerja).

Pelanggan boleh melakukan janji temu bermula 13 Mei ini menerusi laman web Proton atau hubungi mana-mana pusat servis Proton terdekat. Program ini dijadualkan berlangsung 18 Mei hingga 18 Ogos depan dengan tawaran diskaun 15 peratus kepada semua pemilik X70.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Bezza (2020) vs Proton Saga (2019) Facelift, Siapa Menang Drag?
BACA >>> #TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 - 7DCT yang Perlu Anda Tahu

Related

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Air Purification System (APS), autoterkini, Penapis Kabin N95, Penapis Udara, Proton, Proton X70 (2020), Proton-Intelligent Air Purification System (I-APS), Roda4, Sistem Pembersih Udara Pintar Proton (P-IAPS), Sistem Penulen Udara (APS), Sistem Penulenan Udara Pintar Proton (I-APS), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev