• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Kicks e-Power Lancar Secara Maya di Thailand 15 Mei Ini

Nissan Kicks e-Power Lancar Secara Maya di Thailand 15 Mei Ini

May 12, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PELANCARAN asal Nissan Kicks di Thailand yang sepatutnya berlangsung pada Mac lalu terpaksa ditangguhkan disebabkan krisis wabak Covid-19.

Terbaharu, Nissan Thailand mengumumkan tarikh pelancaran baharu model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu, iaitu pada 15 Mei ini menerusi imej dan klip video acah di laman web rasmi Nissan.co.th.

Imej acah di laman utama tertera ayat tertulis ‘A New Thrill is Coming- All New Nissan Kicks- e-Power'. Sebalik saja klik masuk, pengguna akan dibawa masuk ke laman klip video efek khas yang memaparkan tarikh dan kira detik masa menjelang acara pelancaran maya itu menerusi laman Facebook, Line dan YouTube.

Teaser Nissan Kicks Thailand_1
Teaser Nissan Kicks Thailand_2
nissan-kicks-e-power-thailand-teaser
Teaser Nissan Kicks Thailand_3

Pelancaran dijadualkan bermula jam 7 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Kicks e-Power adalah model Kicks pertama untuk pasaran Asean yang menampilkan rekabentuk sedikit berbeza dengan versi antarabangsa. Ini dapat dilihat menerusi lampu depan LED dan gril V-Motion mirip Serena C27 facelift. SUV subkompak itu juga menggunakan trenkuasa e-Power, dan bukan enjin konvensional 1.3L Turbo.

Kicks e-Power akan menjadi pengganti Juke yang sudah lama menyepi di pasaran. Model itu juga dikatakan akan menggantikan Juke untuk pasaran Asean dan Jepun. Adakah model ini juga akan dibawa masuk Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ataupun versi antarabangsa?

BACA >>> #Spyshot: Nissan Kicks Dikesan di Thailand, Indonesia
BACA >>> Nissan Kicks Pencabar Baharu Mazda CX-3 & Honda HR-V

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Nissan, Nissan Kicks, Nissan Kicks (2020), Nissan Motor (Thailand), Nissan Thailand, Roda4, SUV, teaser, video teaser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev