MODENAS melancarkan kempen 'Dominasi Impianmu' yang memberi peluang kepada peminat motosikal Malaysia untuk mencapai impian memiliki motosikal besar.
Kempen bermula 2 Mei hingga 31 Ogos itu menawarkan rebat tunai RM1,000 kepada pembeli Modenas Dominar D400.
Dominar D400 hadir dalam tiga warna dengan waranti 2 tahun atau 20,000km (mana satu tiba terdahulu). Naked bike ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal 373cc DTS-i berkuasa 35hp @ 8,000rpm dan tork 35Nm @ 6,500rpm, sama seperti KTM Duke 390.
Namun, model penjenamaan semula asal Bajaj ini dipasangkan tiga palam pencucuh untuk memberikan tahap penggunaan bahan api lebih cekap. Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac sliper memberikan hantara kuasa linear untuk gaya tunggangan santai.
Dengan berat 182kg, pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 8.2 saat, manakala kapasiti minyak 13 liter cukup untuk memberikan jarak tunggangan jauh.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 43mm di depan dan absorber tunggal Multi Step Adjustable Mono Shock di belakang. Bahagian roda menggunakan tayar 110/70 R17 di depan, dan 150/60 R17 di belakang. Gaya Dominar D400 ini diserlahkan menerusi lampu depan LED unik, visor angin kecil dan kluster instrumen digital.
BACA>>>10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Modenas Dominar D400
BACA >>> #BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper
Leave a Reply