• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Teknologi BVM Kia Sorento Papar Pandangan Titik Buta Pada Panel Meter

Teknologi BVM Kia Sorento Papar Pandangan Titik Buta Pada Panel Meter

May 15, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA Sorento generasi keempat yang baru dilancarkan memang menarik perhatian ramai. Tarikan utama kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah rekabentuk maskulin dan segak. Ini dikuatkan pula dengan penjenamaan dan reputasi Sorento yang dibina sebelum ini.

Selain rekabentuk, ada lagi ciri baharu menarik diuarkan Kia, iaitu teknologi paparan titik buta, dipanggil Blind-Spot View Monitor (BVM). Teknologi ini boleh diibaratkan sebagai sepasang mata kedua pemandu yang direka untuk menambah baik ciri keselamatan.

Ringkasnya, BVM berbeza dengan teknologi amaran titik buta biasa menerusi kelipan atau nyalaan lampu pada sudut kanan dan kiri pintu kereta atau cermin sisi. Paling hampir adalah teknologi Honda LaneWatch (HLW) yang memaparkan visual titik buta pada skrin papan pemuka. Bagaimanapun, HLW hanya memaparkan visual pada satu sisi kenderaan sahaja.

Sebaliknya teknologi BVM ciptaan Kia memaparkan visual titik buta di kanan dan kiri kenderaan pada skrin digital Supervision 12.3 inci. Teknologi ini pula dihubungkan dengan lampu signal kiri dan kanan. Sorento juga model Kia pertama Eropah yang ditawarkan ciri sebegini.

BACA >>> Optima, Model Kia Paling Laris Januari - April 2020 di Amerika

BAGAIMANAKAH BVM BERFUNGSI?

  • Pandangan dipaparkan secara siaran (feed) video resolusi tinggi kanan atau kiri kenderaan pada skrin TFT-LCD di depan pemandu atau lokasi biasa meter pada papan pemuka.
  • Paparan dihidupkan apabila pemandu mengaktifkan signal belok kiri atau kanan.
  • Video titik buta mengambil alih sebentar paparan spidometer dan takometer, dan pada masa sama kekal menunjukkan halaju kenderaan.
  • Siaran video memaparkan sudut lebar (wide angle) menggunakan kamera resolusi tinggi yang disimpan dalam perumah cermin sisi.
  • Paparan tersebut menawarkan sudut lebih luas berbanding cermin sisi untuk pandangan lebih jelas dalam mengawasi kenderaan lain di sebelah.

Selain teknologi BVM, paparan maklumat dipaparkan menggunakan teknologi digital penuh seperti:

  • Paparan digital Supervision Kia direka untuk memberikan maklumat kepada pemandu sejelas mungkin.
  • Dengan paparan definisi tinggi 1920x720 piksel, kluster jarum spidometer dan takometer konvensional digantikan dengan meter digital.
  • Fungsi lain boleh dipaparkan adalah arahan navigasi, maklumat audio dan maklumat perjalanan terperinci, peringatan diagnostik kenderaan, makluman 'pop up' pelbagai fungsi keselamatan aktif dan teknologi bantuan pemanduan.

Teknologi BVM ditawarkan kepada pembeli Sorento Eropah dalam pakej yang disertakan bersama ciri Pemantau Pandangan Keliling (Surround View Monitor, SVM) dan Bantuan Elak Perlanggaran Parkir (Parking Collision-Avoidance Assist, PCA). Juga ada sistem audio Bose Performance Series.

Dua teknologi itu (SVM dan OCA) membuatkan tugas memarkir kenderaan jadi lebih mudah dan selamat. Pakej teknologi tersebut ditawarkan Kia Eropah yang turut dilengkapi fungsi Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (Blind-Spot Collision-Avoidance Assist, BCA).

BCA membantu pemandu mengelak pelanggaran dengan kenderaan dalam radius titik buta dan mengambil alih fungso pemanduan sekiranya sistem mengesan risiko kemalangan.

BACA >>> Kia Telluride Menang Kereta Terbaik Dunia (WCOTY) 2020!
BACA >>> Kia Sorento (2020) Guna Enjin Hibrid 1.6L Turbo, Enjin Kecil Kuasa Besar

Related

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Blind-Spot View Monitor (BVM), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia BVM, kia sorento, Kia Sorento (2020), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev