• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Elise Classic Heritage Editions Sempena Tribut Kejayaan Arena Lumba

Lotus Elise Classic Heritage Editions Sempena Tribut Kejayaan Arena Lumba

May 12, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


LOTUS memperkenalkan model Elise edisi Classic Heritage Editions (Warisan Klasik) sempena memperingati sejarah kejayaan pengeluar itu dalam sukan permotoran.

Ditawarkan sebagai model edisi terhad, model sport itu ditawarkan dalam empat skema warna, Hitam-Emas; Merah-Putih-Emas; Biru-Merah-Perak; Biru-Putih.

MAKSUD WARNA

  • Hitam-Emas: Mengimbau kembali seragam jentera lumba Lotus Type 72D yang dipandu Emerson Fittipaldi dengan rekod lima kali juara Formula Satu (F1) 1972.
  • Merah-Putih-Emas: Melambangkan jentera lumba Type 49B yang dipandu Graham Hill pada 1968.
  • Biru-Merah-Perak: Mewakili Lotus Type 81 (1980) yang dipandu Nigel Mansell, Elio de Angelis dan Mario Andretti.
  • Biru-Putih: Tribut kepada rekaan Lotus Type 18 (1960). Ini ialah jentera lumba pertama Lotus yang menjuarai F1 menerusi legenda Sir Stirling Moss di GP Monaco.

Semua varian Classic Heritage Editions ini menggunakan Elise Sport 220 sebagai model asas dan kini sudah mula dijual di beberapa pasaran global. Hanya 100 unit dihasilkan dan setiap varian bergantung kepada permintaan pelanggan. Ciri standard setiap unit kini terdiri daripada ciri opsyen yang ditawarkan model biasa seperti:

  • Radio siaran audio digital DAB dengan empat unit pembesar suara
  • Penyaman udara
  • Kawalan jelajah
  • Rim aloi tempa ringan dengan seragam lumba
  • Brek cakera kembar
  • Karpet hitam dengan lapik lantai
Elise Classic Heritage (13)
Elise Classic Heritage (5)
Elise Classic Heritage (1)
Elise Classic Heritage (2)

Pakej kabin Elise juga didatangkan dengan kemasan standard seperti trim khas pada panel atas pintu dan warna bahagian penyandar belakang kerusi yang sama seperti badan kereta (kecuali Elise Biru-Putih yang menggunakan kerusi Alcantara merah). Begitu juga kemasan warna pada konsol gear dan panel papan pemuka.

Elise Sport 220 dijana enjin supercas 1,798cc DOHC dengan transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 217hp @ 6,800rpm dengan tork 250Nm @ 4,600rpm, manakala kelajuan maksimum 233kmj.

Harga setiap varian Elise Classic Heritage Editions ini ialah £46,250 (RM247,16o), iaitu lebih mahal £6,350 (RM33,940) berbanding Elise Sport 220 standard.

Menurut Lotus, pembeli edisi terhad sebenarnya mendapat ciri tambahan bernilai £11,735 (RM62,710), melebihi daripada apa dibelanjakan.

BACA >>> Lotus Satukan Semula Elise dengan Pemilik Asal Nama Model itu
BACA >>> Porsche Lancar Sistem Infotainment untuk Model Klasik 1965-2005

GALERI
Elise Classic Heritage (12)
Elise Classic Heritage (7)
Elise Classic Heritage (4)
Elise Classic Heritage (9)
Elise Classic Heritage (11)
Elise Classic Heritage (6)
Elise Classic Heritage (3)
Elise Classic Heritage (8)
Elise Classic Heritage (10)
Elise Classic Heritage (13)
Elise Classic Heritage (5)
Elise Classic Heritage (1)
Elise Classic Heritage (2)

SUMBER: Lotus

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Edisi Terhad, Kereta Sport, Lotus, Lotus Elise 220, Lotus Elise 220 Classic Heritage Editions, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev