• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda Monkey 125 Paris Dakar dengan 24 Aksesori

#BikinMotor: Honda Monkey 125 Paris Dakar dengan 24 Aksesori

May 8, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL Monkey ini bukan produk standard Honda tetapi projek naik taraf yang mendapat sentuhan pakar komponen motosikal dari Jepun Dirt Freak.

Di Negara Matahari Terbit itu, Monkey diminati ramai, termasuk kaki kustom sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dinamakan Monkey 125 Paris Dakar, model ini menggunakan 24 jenis aksesori daripada tiga jenama berbeza iaitu Zeta, Delta dan DRC yang berharga sekurang-kurangnya 186,689 yen (RM7,570).

Dirt Freak mengenakan skema warna tiga tona: merah, putih dan biru yang mengambil ilham dua model Honda, XL125R dan 250R Paris Dakar pada 1982.

Pasukan kustom Dirt Freak mengecat beberapa komponen Monkey 125 ini seperti fender, frem dan tangki minyak mengikut skema rali Paris Dakar. Lampu depan dan enjin dilindungi gril pelindung, serta ditambah gad jari dan visor angin saiz sederhana bagi  melengkapkan imej sebuah jentera rali.

BACA >>> Thailand Lancar Honda Monkey Dragon Ball Limited Edition, Cuma 100 Unit Seluruh Dunia

Sistem ekzos asal ditanggalkan dan digantikan dengan produk Barrel 4-S Mini daripada jenama Delta. Kotak engkol sedia ada ditambah baik menggunakan beberapa komponen kecil aluminium yang dihasilkan menggunakan proses CNC.

Set peg kaki Monkey menggunakan jenama Zeta, manakala tuil gear kaki boleh dilaraskan hingga 6-tahap untuk keselesaan tunggangan. Model ini turut dipasangkan gad rantai dan tongkat sisi daripada jenama sama. Sistem absorber dan set brek cakera pula mengekalkan unit standard.

Bagaimanapun, model ini bukan untuk dijual, cuma dijadikan bahan pameran. Setiap komponen yang digunakan Honda pula dijual berasingan.

BACA >>> Tamiya Honda Monkey 125 Baru Lancar

GALERI

SUMBER: DirtFreak

Related

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Dirt Freak, fun bike, Honda, Honda Monkey, Honda Monkey 125, Honda Monkey 125 Paris Dakar, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my