APRILIA Tuono 660 didedahkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 di Itali sebagai model konsep bersama supersport pengeluaran RS660.
Tuono 660 dibina berasaskan RS660 dalam gaya streetfighter menerusi fairing separuh yang dipadankan lampu utama LED penuh, sama seperti model saudaranya itu.
Bagaimanapun, profil Tuono kurang sporty dengan posisi bar hendal tunggal tinggi, dan pelana lebar untuk tunggangan lebih selesa. Sama seperti namanya, model ini semestinya dikuasakan enjin sama seperti RS660 berkapasiti 660 Parallel-Twin, tetapi angka kuasa dijinakkan.
BACA >>> Zero SR/S - Sport Touring EV dengan Jarak Tunggangan Bandar Sejauh 259km
Kuasa dihasilkan Tuono 660 ialah 95hp, kurang 5hp berbanding RS660. Bagaimanapun, pakej elektronik tunggangan masih mengekalkan apa yang dimiliki RS660 seperti kawalan wheelie, ABS belok, kawalan brek enjin, kawalan traksi dan lima mod tunggangan.
Aprilia dijangka mendedahkan Tuono 660 versi pengeluaran pada suku akhir 2020, manakala penghantaran pertama dijadualkan pada suku pertama 2021. Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan tentang bilakah model sport touring ini akan menjengah masuk Malaysia.
BACA >>> Aprilia RS 660 Masuk Malaysia Hujung 2020, Penuhkan Tabung Sekarang!
BACA >>> Sport Touring Yamaha Tracer 900 GT Lancar, Harga RM58,888
* Foto galeri ialah model konsep.
Leave a Reply