• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Daihatsu Siapkan Produk Lawan Jimny Disember 2021

Daihatsu Siapkan Produk Lawan Jimny Disember 2021

May 5, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


ADAKAH ini benar?. Ada khabar angin menyatakan Daihatsu akan mengumumkan produk baharu yang bakal bersaing dengan Suzuki Jimny dikenali sebagai TAFT pada Disember 2021. Model itu dikatakan serupa seperti Jimny dan bakal diberikan pacuan empat roda (4WD)?.

Pada Jun 2020, khabarnya Daihatsu bakal memperkenalkan mini kenderaan utiliti sukan (SUV) Daihatsu TAFT. Bagaimanapun mini SUV itu sama sekali berbeza dengan model yang bakal diperkenalkan pada Disember 2021 itu. Nama produk berkenaan masih belum diputuskan tetapi gaya badan dikatakan seperti spesifikasi SUV Kurokan dengan fender tambahan sama seperti Suzuki Jimny/Jimny Sierra.

Sementara bahagian depan didatangkan dengan lampu utama LED seperti Rocky baharu dan hujung depan dipadankan dengan bampar jenis segiempat. Manakala fender dan skirt sisi dilengkapi dengan komponen pelindung untuk menghindari batu berterbangan seperti mana model off-road.

Walaupun warna badan unik seperti hijau mint, dijangkakan SUV baharu itu akan didatangkan dengan barisan warna hijau hutan seperti warna Daihatsu TAFT. Berkaitan soal platform, model Daihatsu itu mungkin akan memanfaatkan penuh teknologi Daihatsu bersama sistem 4WD berbanding struktur frem ladder seperti Jimny.

Daihatsu TAFT_1
Daihatsu TAFT_2
Daihatsu TAFT_4

Soal janakuasa, SUV ringan baharu itu akan menggunakan enjin 666cc 3-silinder dan bergantung kepada varian mungkin tersedia pemacu turbo bahkan kemasan kabin dan keselesaan pemanduan mungkin seperti TAFT.

BACA>>>Model Konsep Daihatsu DN Multisix Bakal Jadi Perodua Alza Baharu?
BACA>>>Daihatsu Kunci Mulut Pasal Kereta Nasional Ketiga

SUMBER: Creative311

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Daihatsu, Daihatsu Taft, minivan, Roda4, SUV, Suzuki, Suzuki Jimny

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev