KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) meneruskan momentum kempen Ninja ZX-25R dengan memuat naik klip video YouTube kedua modifikasi sportbike itu.
Video tutorial mofikasi tahap dua itu berjudul Kawasaki Ninja ZX-25R Stage 2 Modification: Yoshimura dan baru dimuat naik kelmarin dengan mencatat jumlah 106,996 tontonan setakat artikel ini ditulis.
Dua mekanik KMI dirakamkan menanggalkan kowl enjin, sensor oksigen (O2) pada paip ekzos dan sistem ekzos standard Ninja ZX-25R secara berhati-hati. Rakaman video keseluruhan berdurasi 1 minit 9 saat.
Selepas siap ditanggalkan, satu set sistem penuh ekzos Yoshimura Hepta Force TSS pun dipasang yang dipercayai produk ciptaan khas untuk sportbike 4-silinder suku liter itu.
Bahagian hujung mufler ekzos itu dibuat daripada gentian karbon. Juga jelas tertera tulisan Kawasaki Ninja ZX-25R dan jenama ekzos badan badan mufler.
Motosikal tersebut dipercayai unit sama digunakan KMI dalam video tutorial modifikasi tahap pertama. Dalam video tersebut, komponen standard peg kaki, bar hendal, tuil brek dan klac dan gad jari pada hujung bar hendal ditukarkan kepada jenama Sniper.
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Dedah Tutorial Modifikasi Tahap Satu Ninja ZX-25R
BACA >>> 25 Foto Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Lumba dengan Kemasan Karbon'Black Diamond'
SUMBER: KMI
Leave a Reply