• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW F750GS Terbukti Mampu Bantu Polis London Kurangkan Kes Jenayah Moped

BMW F750GS Terbukti Mampu Bantu Polis London Kurangkan Kes Jenayah Moped

April 30, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW F750GS ini adalah jentera yang digunakan sebahagian pasukan polis Metropolitan Operation Venice Scorpion Squad yang mana setiap anggota perlu lulus program latihan motosikal khas.

Apabila latihan tamat, anggota polis itu akan menjadi sebahagian Scorpion Squad yang bertugas mencegah dan menghentikan jenayah berkaitan motosikal. Setiap motosikal akan dilengkapkan peralatan khas seperti radio komunikasi versi terkini dan lampu strob kecemasan.

BACA >>> Video Bocor, BMW GS 1250 R (2019) Guna Teknologi Pemasaan Injap Variabel (VVT)

Ciri lain yang ada pada BMW F750GS ialah Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Brek Anti-Kunci (ABS) dan Pelarasan Suspensi Elektronik Dinamik  (DESA). Model touring itu dipilih memiliki rekabentuk badan tirus, kecil dan ringan yang membantu anggota tiba di lokasi kecemasan dengan cepat.

BMW F750GS juga memberikan kelebihan taktikal untuk menghalang kegiatan haram sekitar jalan raya ibu kota London. Malah, model tersebut dikustom lebih tirus berbanding motosikal lain supaya mudah melepas laluan sukar.

Ketua Inspektor Operasi Metropolitan Venice, Jim Corbet berkata, walaupun anggota Scorpion Squad berterusan mengurangkan angka jenayah dalam bandar, tetapi sentiasa ada penjenayah yang merasakan mereka mampu melepaskan diri daripada polis jika berbuat jenayah menggunakan moped.

"Motosikal baharu ini membolehkan anggota kami mengejar penjenayah dengan rekabentuk badan ringan yang direka khas untuk mengurangkan jenayah moped," katanya.

MOTOR CURI-6
MOTOR CURI-1
MOTOR CURI-5

Penggunaan BMW F750GS sebagai jentera nyata membuahkan hasil. Statistik Disember 2017 hingga November 2018, ada 15,168 kes jenayah melibatkan moped, motosikal, dan skuter. Namun, sepanjang tempoh sama pada tahun berikut, rekod jenayah menurun kepada 8,721 kes, penurunan sebanyak 42 peratus.

"Walaupun kami gembira melihat jumlah kenderaan curi dan jenayah berkurangan, kami masih tidak berpuas hati dan meminta orang ramai membantu kami mengurangkan jenayah moped lebih jauh lagi dengan memberitahu polis mengenai kegiatan mencurigakan," katanya.

BACA >>> Teknik Serbu, Tahan Suspek Bantu Kurangkan Jenayah Curi Motor di UK
BACA >>> Bawa Lori Menyamar Nak Pindah Barang, Rupa-Rupanya Nak Mencuri

SUMBER: DriveMag

 

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW F750GS, jenayah moped, Jenayah Moped London, London, Metropolitan Operation Venice Scorpion, penjenayah moped, Scorpion Squad, touring bike, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev