DI VIETNAM sekarang sedang kecoh berita Yamaha bakal melancarkan Exciter (Malaysia: Y15ZR) generasi baharu dengan enjin 155 VVA dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Selain Malaysia, Exciter juga adalah supermoped terlaris di Vietnam dan segala macam maklumat pasal model itu sentiasa menarik minat mat motor di sana.
Pada sidang media Mac lalu, Yamaha Vietnam katanya akan melancarkan tiga model baharu tahun ini, dan ramai percaya salah satu daripada model itu ialah Exciter generasi baharu yang khabarnya akan muncul Ogos tahun ini.
Sebenarnya desas-desus mengenai enjin 155 VVA sudah kedengaran sejak 2018. Sebaliknya Yamaha Vietnam cuma melancarkan Exciter versi naik taraf dengan mengekalkan enjin lama yang membuatkan ramai peminat Yamaha kecewa kerana mengharapkan sesuatu yang lebih segar dan berbeza.
Selepas itu, tular pula imej lakaran MX King (nama lain di Indonesia) generasi baharu, dihasilkan peminat di republik itu pada September lalu yang mendapat respons positif pembaca. Pada masa itu, jarak masa Honda memperkenalkan Winner X selepas Winner generasi pertama cuma tiga tahun. Pelancaran itu membuktikan hasrat Honda Vietnam untuk melawan cengkaman Exciter dalam segmen super moped.
BACA >>> Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
Apa ditawarkan Honda memang mampu menggugat dengan enjin DOHC, sistem brek anti-kunci (ABS) dan rekabentuk yang diperbaharui sepenuhnya. Walaupun jualan Winner X masih belum mampu mengancam Exciter di Vietnam, ramai pemerhati di sana mengingatkan Yamaha supaya tidak lena dengan kejayaan sedia ada.
BACA >>> #BikinMotor: Kos Modifikasi Honda Winner X Lebih RM9k, Sama dengan Harga Motor!
SURVEI BSH HALANG WINNER X KE MALAYSIA
Bagaimanapun, situasi di Malaysia pula berbeza kerana Boon Siew Honda (BSH) masih belum melancarkan Winner X. BSH mendakwa survei dilakukan mereka menunjukkan peminat Honda di Malaysia masih mahukan RS150R versi lama.
Disebabkan tiada cabaran daripada pesaing rapat seperti Honda, ini mengurangkan tekanan ke atas wakil pengedar Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Kali terakhir HLYM memperkenalkan Y15ZR adalah pada Ogos 2019, iaitu versi Doxou dengan seragam baharu.
Pemerhati mendakwa HLYM kini sedang dalam proses menghabiskan stok Y15ZR sedia ada. Adakah HLYM kini sedang berada dalam mod siap sedia untuk melancarkan Y15ZR baharu? Mungkinkah HLYM menunggu lampu hijau daripada Yamaha Vietnam, atau ada pelancaran serentak. Tidak mustahil juga super moped itu melakukan debut di Malaysia.
Kalau itu benar-benar berlaku, lawan yang paling terkesan sudah tentu BSH kerana percayakan survei yang mendakwa peminat Honda di Malaysia masih sukakan RS150R. Padahal respons kami terima, ramai tidak sabar menanti kehadiran Winner X.
BACA >>> Honda Vietnam Lancar Varian Baharu Winner X Sport ABS, Harga RM9.1k
amy mat piah says
bile nk masuk????
Zaharah says
Nk tahu kedai motor yg mana sudah ada keluaran ni. Sya nk booking dan beli .