• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

#TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

April 29, 2020 By Admin PanduLaju 15 Comments

11.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH cagak atau mounting enjin sangat jarang berlaku kepada kereta baharu, dan biasanya menimpa kereta berusia lima tahun atau sudah dipandu 100,000km. Juga bergantung kepada gaya pemanduan anda.

Mounting enjin rosak yang tidak segera dibaiki boleh menyumbang kepada masalah kerosakan yang lebih besar. Jadi, jangan ambil mudah!

Contoh mounting enjin Perodua Myvi generasi 1

Mounting enjin adalah komponen penting yang berfungsi memegang enjin pada casis. Simptom kerosakan hanya akan mula muncul disebabkan faktor usia, yang dipanggil haus dan lusuh (wear and tear). Apapun, ia juga bergantung kepada cara pemanduan atau kondisi tempat anda memandu seharian. Lagi kasar anda memandu, atau lagi teruk permukaan jalan tempat anda memandu, maka mounting enjin akan cepat haus dan rosak.

Secara normal, jangka hayat mounting enjin dapat bertahan sekurang-kurangnya lima tahun sebelum perlu menukar baharu. Namun, jika anda sudah mula rasa simptom kerosakan pada mounting, cepatlah bawa kereta anda diperiksa mekanik untuk ditukar.

Apakah simptom yang menunjukkan mounting enjin anda sedang rosak?

1. ENJIN BERGEGAR

stereng-gegar
unnamed

Ini simptom biasa boleh dikesan sebagai tanda awal mounting enjin sudah longgar. Cara mengesan, apabila kereta dalam situasi lahu seperti berhenti di lampu isyarat, anda dapat rasa stereng bergegar kuat. Cuba pandang cermin sisi, jika imej yang anda lihat nampak gegaran ketara, maknanya sudah tiba masa mounting diganti baharu.

2. ALIGNMENT 'LARI'

Apabila mounting sudah haus atau rosak, agihan berat enjin jadi tidak sama rata dan boleh menyebabkan penjajaran kereta  tidak tepat. Anda juga akan lebih kerap melakukan penjajaran tayar. Dalam jangka masa panjang, komponen tayar mula terbeban.

3. GEAR GEGAR, TAK CEKAP

Mounting Enjin:Kotak Gear
top-engine-mounting

Mounting enjin terdiri daripada beberapa bahagian berasingan. Salah satunya terletak berhampiran kotak gear. Jika mounting tidak berfungsi baik, ia secara langsung akan menjejaskan kotak gear dan mampu merosakkan komponen itu. Apabila meletakkan tangan atas tombol gear, anda dapat rasa ia bergegar kuat.

Sebagai makluman, kotak gear adalah antara komponen paling mahal jika perlu diganti.

BACA >>> #BikinMotor: Enjin Standard, Tapi Ubah Suai Honda Wave 110 Ini Bernilai RM37k!

4. KOMPONEN ENJIN

Jika salah satu  komponen mounting rosak, ada bahagian enjin akan terjejas dan tidak lagi stabil. Ini menyebabkan kerosakan enjin, termasuk tali sawat, hos dan lain-lain. Anda hanya akan menyedari kerosakan itu apabila ada komponen enjin rosak.

5. BUNYI BISING, DETAR MELAMPAU

kereta-bising
Stressed young man driver sitting inside his car

Selain bunyi bising enjin melampau, anda akan mula mengalami simptom komponen detar (rattling) sekitar kereta. Situasi semakin hari akan jadi bertambah buruk hingga terasa seperti memandu kenderaan berat. Masalah jadi bertambah rumit apabila anda mula terdengar bunyi detar dari belakang atau dalam kereta disebabkan agihan berat tidak seimbang.

BACA >>> #TahukahAnda: Mounting Enjin Haus, Rosak Punca Kereta Gegar?

SUMBER: Auto.my

 

Related

11.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autoterkini, Engine Mounting, enjin, Enjin Gegar, Kereta Gegar, Mounting Enjin, Stereng Gegar, TahukahAnda

Comments

  1. Amin says

    June 25, 2020 at 4:27 PM

    Kereta honda odc rb1 sya..kadang2 rasa bergegar dibhgian pedal minyak...apakah puncanya....

    Reply
  2. Kamal says

    June 30, 2020 at 8:10 AM

    Tuan...kereta honda city model z 2003 saya, bila berhenti dgn gear D....Akan jadi bergegar.,..tetapi bila gear berkedudukan N atau P...tak ada bergegar pulak. Begitu jugak semasa memandu tiada gegaran cuma sekali sekali ingine macam meraum jugak.
    boleh bagi pandangan dan nasihat APA sebab Dan APA perlu saya lakukan.

    Reply
  3. Saliza says

    November 21, 2020 at 11:13 PM

    Hai.. tuan nk tanya.. tadi sy perasan yg enjin kereta bergegar dan enjin mcm tk pickup sikit. Bila reversed bergegar..

    Reply
    • AO says

      November 22, 2020 at 11:05 AM

      Mungkin engine mounting

      Reply
  4. Ayie says

    December 14, 2020 at 9:13 PM

    waja mmc tahun 2000 masa parking atau gear N macam tersentak sentak.....kenapa yek ?

    Reply
  5. Mohd izwan says

    May 7, 2021 at 1:10 PM

    Tn. Mohon diberi pendapat. Starex sy bila berhenti di trafic light akan jdi bergegar seluruh kete dlm keadaan D. Bila sy tukar N baru x bergegar. Ap masalah ye tn. Sy pon dah pening dgn keadaan bergegar mcm ni. Kete tahun 2012.

    Reply
  6. Perodua says

    July 23, 2021 at 3:30 PM

    Betul tu, Tak boleh ambil mudah bab mounting ni. Keluar kos tinggi kalau dibiarkan

    Reply
  7. Roslizawati ishak says

    September 9, 2021 at 12:15 PM

    Gear satu dua pickup ok.. Perasan bila gear tiga seterusnya mcm xpickup gear.. Jadi berat bunyi bising masa memandu

    Reply
  8. Duke says

    September 24, 2021 at 2:12 PM

    Kamal : cuba check spark plug atau cable selain mounting.

    Reply
  9. mohd nasir says

    April 3, 2022 at 1:44 PM

    nissan sentra manual............ dalam kelajuan gear 5 drop tiba tiba semacam bunyi geseran .... tolak balik ke gear 5 kereta ok balik........dan kita tekan minyak macam nak memotong ke....kena pegang tombol gear .....klau tak pegang ...gear akan drop sendiri.....ape masalah bos

    Reply
  10. azman says

    July 18, 2022 at 10:42 AM

    Tuan, dashboard macam ada komponen yang bergetar. dah letak felt silencer tapi still tak jalan. stereng macam ada gegar, tapi minor. adakah mounting enjin ni buat part plastik dekat dashboard kereta saya bergegar? saya pakai honda civic fd

    Reply
  11. Rizal says

    August 17, 2022 at 10:10 AM

    Sama simtom, high rpm dashboard bising..steering saya pun gegar tapi minor. Silencer pad pun dah penuh letak dekat area plastik part. Adakah mounting issue? Mohon pencerahan tuan

    Reply
  12. Baskar says

    October 26, 2022 at 8:45 PM

    Hi... My Nissan almera year 2015 got sound liked tuck when start and off engine... Can I know what is the problem..

    Reply
  13. Saleh says

    January 4, 2023 at 5:30 PM

    Asal xde response frm tuan acc???? Buat penat je korang tanya! At least jawab la satu yg ada soalan yg sama… aku nk tanya Tp tgk ramai dia x jawab!!!!! Sighhhhhh

    Reply
    • Azhan O says

      February 3, 2023 at 7:51 PM

      Baiklah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev