• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: BMW K100 Cafe Racer - Warna Porsche 911 + Suspensi Suzuki GSX-R1000

#BikinMotor: BMW K100 Cafe Racer - Warna Porsche 911 + Suspensi Suzuki GSX-R1000

April 29, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DINAMAKAN 'Project K', model BMW K100 yang anda lihat ini mendapat sentuhan pakar modifikasi Tommo dan Dav dari bengkel Spitfire Speed Shop yang berpangkalan di Britain.

Dibangunkan sebagai cafe racer minimalis, pakar kustom itu memilih menggunakan skema warna Porsche 900. Proses baik pulih dimulakan dengan menanggalkan semua komponen asal. Barang superbike Suzuki GSX-R1000 dipilih untuk pakej pengendalian mantap menerusi padanan brek cakera kembar Tokico, subfrem baharu dan rekabentuk belakang kustom.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW 840i Gran Coupé M Sport Lancar Secara Virtual di Malaysia, Harga RM968k

Cafe racer itu menampilkan absorber boleh laras YSS yang dipasang mendatar pada swingarm untuk mendapatkan redaman seperti kereta lumba. Pelana dijahit dengan sulaman bentuk berlian untuk menyerlahkan cita rasa elegen mewah.

Ruang trenkuasa terhidang enjin 4 silinder sebaris 987cc yang ditala semula. Kotak udara asli dan sistem suntikan bahan api dikeluarkan, lalu digantikan karburator Keihin dengan manifold ambilan, terotel Donimo berserta kabel universal dan empat pod udara kustom.

Melengkapkan lagi pakej modifikasi, cafe racer ini dipasangkan penapis krom dan ekzos dipotong, tetapi tiada perincian teknikal diungkapkan.

Komponen unit kawalan elektronik (ECU) juga ditanggalkan, dan duo pereka itu memilih untuk mengekalkan pencucuhan Bosch, termasuk menyembunyikan pendawaian di bawah kotak khas bawah pelana. Mengekalkan penampilan klasik, tangki minyak asli dikekalkan.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Spanar Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Baiki Motosikal

BMW K100

Motosikal projek ini sepatutnya ditayangkan pada pameran The Bike Shed 2020, tetapi dibatalkan kerana wabak Covid-19.

BACA >>> Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal

GALERI
BMW K100 Cafe Racer_2
BMW K100 Cafe Racer_1
BMW K100 Cafe Racer_3
BMW K100 Cafe Racer_4
BMW K100 Cafe Racer_6
BMW K100 Cafe Racer_8
BMW K100 Cafe Racer_9
BMW K100 Cafe Racer_5
BMW K100 Cafe Racer_7

SUMBER: DriveMag

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, BMW, BMW K100 (1998), BMW Motorrad, Cafe racer, dua roda, kustom, Modifikasi, Restorasi, Spitfire Speed Shop, The Bike Shed 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev