KETUA keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Keempat yang bermula hari ini kini boleh membawa seorang lagi ahli bersama.
Kebenaran itu diberikan Kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan itu diterbitkan dalam warta Kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, yang berkuat kuasa hari ini, 29 April hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) memperuntukkan seseorang individu:
- BOLEH disertai seorang anggota keluara yang tinggal serumah - Untuk keluar beli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain.
Seksyen 4(1)(b)(ii) memperuntukkan seseorang individu:
- BOLEH disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah - Untuk keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan
Bagaimanapun, pada masa sama, peraturan terdahulu dikekalkan, iaitu:
- Pergerakan tidak lebih 10km dari kediaman - Jika keluar membeli makanan, barangan keperluan harian, perubatan, rawatan dan lain-lain
- Boleh bergerak lebih 10km - Jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah.
Seksyen 5 memperuntukkan:
- Perlu dapat KEBENARAN BERTULIS dari balai polis berhampiran jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau sebab selain keperluan harian dan perubatan.
- Mana-mana pihak yang melanggar peraturan boleh DIDENDA maksimum RM1,000 atau DIPENJARA hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Leave a Reply