• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PRIHATIN: Pembayaran Fasa Kedua BPN Akan Dibuat Bermula 4 Mei Ini

PRIHATIN: Pembayaran Fasa Kedua BPN Akan Dibuat Bermula 4 Mei Ini

April 28, 2020 By Han Othman Leave a Comment

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBAYARAN Fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (PRIHATIN) untuk golongan B40 dan M40 melibatkan isi rumah dan individu bujang akan dilakukan bermula 4 Mei ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, 7.74 juta penerima sudah menerima bayaran Fasa Pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion.

"Proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

"Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran Fasa Kedua untuk semua penerima BPN golongan B40 dan M40, sama ada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020," katanya dalam Perkongsian Laporan Ke-3 Pencapaian PRIHATIN-LAKSANA pada Selasa.

Sehingga 26 April, Kementerian Kewangan menerima lebih 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan. Daripada jumlah itu, sebanyak 2.96 juta ialah permohonan baharu dan 305,000 adalah rayuan.

"Proses ini akan ditutup pada Khamis, 30 April ini. Pengumuman pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai," katanya lagi.

BACA >>> Proton Kongsi 3 Tip Jaga Kebersihan Kereta Elak Covid-19
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Tip Bezakan Palam Pencucuh Tulen atau Palsu

Related

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Geran Khas Prihatin, Menteri Kewangan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatian Malaysia (PRIHATIN), PRIHATIN, PRIHATIN-LAKSANA, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev