• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Porsche Lancar Sistem Infotainment untuk Model Klasik 1965-2005

Porsche Lancar Sistem Infotainment untuk Model Klasik 1965-2005

April 28, 2020 By Azhan O Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORSCHE melancarkan sepasang sistem infotainment retrofit baharu yang serasi dengan semua model kenderaan itu keluaran 1965 hingga 2005.

Dipanggil sistem Pengurusan Komunikasi Klasik Porsche (PCCM), dua unit infotainment itu kini menjadi tambahan baharu dalam barisan ciri digital untuk unit analog model Jerman itu, dan siap dilengkapkan perisian Apple CarPlay dan Android Auto.

Bagi model yang dibina antara 1965 dan 1998 (seperti 914, 924, 928, 944, 959, 968 dan lima generasi pertama 911), Porsche menawarkan sistem infotainment 3.5 inci yang muat dengan unit utama (headunit) DIN-1.

BACA >>> What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik

PCCM adalah versi kemas kini bagi sistem Navigasi Radio Klasik Porsche (PCRN), dan boleh menerima siaran audio digital (DAB) dan radio, serta ditambah ciri moden masa kini seperti panggilan bebas tangan, kawalan suara, navigasi satelit dikemas kini, konektiviti Bluetooth dan Apple CarPlay. Bagaimanapun Android Auto tiada untuk PCCM ini.

Porsche juga menawarkan PCCM 7 inci yang lebih besar untuk 911 generasi keenam dan 986 Boxter generasi pertama. Kedua-dua model itu didatangkan standard dengan unit DIN-2 lebih besar yang berkongsi fungsi sama seperti unit 3.5 inci, tetapi menawarkan sokongan tambahan untuk Android Auto.

Menurut Porsche, kedua-dua tetapan direka untuk serasi dengan rekaan kabin dengan menampilkan butang fizikal, dan plastik tepat-tempoh (period-accurate). Misalnya, sistem 3.5 inci memiliki jarum rotari kembar 964, manakala unit 7 inci berkongsi baris sama suis seperti 986 Boxster.

Bagaimanapun, sistem infotainment itu tidak serasi dengan Porsche 356 dan Carrera GT. Juga tidak boleh diprogramkan untuk berfungsi dengan penukar CD automatik lama Porsche, atau teknologi bunyi AudioPilot Bose.

Harga PCCM di Eropah dijangka sekitar £1,250 (RM6,780) untuk PCCM 3.5 inci, tidak termasuk kos pasang. Harga unit 7 inci pula dianggarkan bermula  £1,400 (RM7,590). Perisian navigasi Porsche turut dimuat turun untuk kedua-dua sistem infotainment tersebut dengan peta 47 negara Eropah.

BACA >>> GKUI19: Sistem Infotainment Pintar Paling Pantas Ini Mungkin Ada untuk Proton X70 CKD?

sistem-infotainment-porsche-retrofit-1
sistem-infotainment-porsche-retrofit-2
sistem-infotainment-porsche-retrofit-3
sistem-infotainment-porsche-retrofit-4
sistem-infotainment-porsche-retrofit-5

SUMBER: AutoExpress

Related

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Android Auto, Apple CarPlay, Auto Terkini, Headunit, Navigasi Radio Klasik Porsche (PCRN), Pengurusan Komunikasi Klasik Porsche (PCCM), Porsche, Porsche Classic Communication Management (PCCM), Porsche Classic Radio Navigation (PCRN), Sistem Infotainment, Sistem Infotainment Retrofit Porsche, Unit Utama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev