• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Tempahan Citroen Grand C4 Picasso Dibuka

BERITA AUTO: Tempahan Citroen Grand C4 Picasso Dibuka

June 17, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Citroen Grand C4 PicassoNAZA Euro Motors, pengedar jenama Citroen di Malaysia membuka tempahan Citroen Grand C4 Picasso yang boleh didapati di mana-mana bilik pameran seluruh negara. Dengan anggaran harga jualan sekitar RM195,000, Grand C4 Picasso adalah model Citroen diesel pertama yang dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Hadir dengan gaya impresif, MPV ini mengetengahkan imej mempesonakan selalin memiliki ruangan kabin yang lebih luas. Dari pandangan depan, ia menampilkan rekaan baharu dengan kehadiran lampu LED 3D, membuatkan ia tampak lebih bergaya dan menawan. Tidak ketinggalan, rekaan belakang turut menerima pembaharuan.

Ruangan dalaman pula, Grand C4 Picasso menjanjikan aspek keselesaan buat pemandu dan penumpang, membuatkan seakan berada di dalam kokpit penerbangan kelas pertama.

Ia turut dilengkapi pelbagai ciri teknologi terkini seperti skrin sentuh tujuh inci, skrin panoramik HD 12 inci bersama sistem navigasi, kamera undur dan tempat duduk pemandu serta penumpang dengan fungsi urut. Lebih membanggakan, model ini pernah meraih pelbagai anugerah seperti Kereta Tahunan dan MPV Terbaik daripada UK Car Of The Year.

Dalam pada itu, Naza Euro Motors mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 200 peratus iaitu sebanyak 600 unit berbanding tahun lalu. Semenjak Naza Euro Motors menjadi pengedar jenama Citroen di Malaysia tahun lalu, ia berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 55 peratus.

Selain itu, ia turut bakal melancarkan pusat pameran terbaharu di kawasan Lembah Klang menjelang suku ketiga tahun ini. Maklumat lanjut, layari www.citroen.com.my atau hubungi talian bebas di 1800 222 808.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1800 222 808, Citroen, Citroen Grand C4 Picasso, Naza Euro Motors, www.citroen.com.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my