• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Restorasi Kawasaki Santuary Z1 yang Kini Lebih Garang

#BikinMotor: Restorasi Kawasaki Santuary Z1 yang Kini Lebih Garang

April 28, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL yang anda lihat ini namanya Kawasaki Sanctuary Z1 yang diambil daripada laman web Inazumacafe.

Sanctuary ialah pereka kustom yang ideal untuk melakukan transformasi sesebuah model motosikal kepada gaya vintaj seperti Z1, Ninja dan Katana dengan menyediakan komponen khas untuk direstorasi.

Rupa asal Kawasaki Z1 900 (1974). Bukan model yang direstorasi dalam artikel ini.

Model kali ini menggunakan produk popular Kawasaki 70-an. Kawasaki Z1 dengan enjin 4-silinder diperkenalkan kepada pasaran global selepas Honda melancarkan CB750 (1968). Di pasaran, Z1 diperkenalkan dengan nama  Z1-900, 900 Z1 atau 900 S4 (Super Four) yang berbeza mengikut negara.

BACA >>> Kawasaki Ninja 1000SX (2020) Lancar dengan Teknologi Terkini, Harga RM53k

Penampilan asal Z1 930cc RCM 472 yang langsing tampak tegap menerusi sentuhan Sanctuary menerusi padanan warna badan merah gelap dengan strip merah hitam pada tangki minyak dan panel ekor. Bahagian suspensi dan hendal menggunakan unit plat tripel bilet (billet triple tree plate) kustom, manakala bar hendal daripada Posh Super Rover.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork Öhlins 43mm di depan dan dwi-absorber di belakang. Bahagian roda dipasangkan set rim lumba OZ Gass (ZRX1200) 17 inci yang dibalut tayar Pirelli Diablo 120-70 (depan) dan 180-55 (belakang).

BACA >>> #EICMA2019: Kawasaki Dedah Ninja 1000SX, Z900 Versi 2020 yang Patuh Euro 5

Sistem brek menggunakan cakera RCM Concept 320mm dengan kaliper 4-piston Brembo dan pam radial Brembo. Bahagian belakang pula menggunakan cakera Sunstar dengan kaliper 2-piston Brembo, pam Nissin, dan rod berserta braket SMB.

Bahagian sproket dan rantai menggunakan jenama EK530, manakala kapasiti kuasa dipertingkat kepada 930cc daripada 903cc dengan padanan dua karburator Yoshimura dan sistem ekzos Nitro Racing Titanium.

BACA >>> #Intermot2018: Kawasaki Z125, Ninja 125 Buka Selimut untuk Tontonan Ramai

GALERI
KAWASAKI SANCTUARY Z1_2
KAWASAKI SANCTUARY Z1_8
KAWASAKI SANCTUARY Z1_4
KAWASAKI SANCTUARY Z1_5
KAWASAKI SANCTUARY Z1_6
KAWASAKI SANCTUARY Z1_3
KAWASAKI SANCTUARY Z1_1
KAWASAKI SANCTUARY Z1_7
KAWASAKI SANCTUARY Z1_9

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, Kawasaki, Kawasaki Z1, Kawasaki Z900, kustom, Modifikasi, motosikal vintaj, Restorasi, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev