• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Rossi Dedah Punca Dia Marahkan Toni Elias Sejak MotoGP 2006 Sampai Sekarang

Rossi Dedah Punca Dia Marahkan Toni Elias Sejak MotoGP 2006 Sampai Sekarang

April 28, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA hari lalu, wartawan MotoGP, Matthew Birt mengadakan sesi temu bual atas talian dengan dua pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Maverick Viñales dan Valentino Rossi.

Sepanjang temu bual berdurasi 48:15 minit itu, pelbagai perkara dibincangkan seperti perancangan Rossi tahun depan dan jangkaan kedua-dua pelumba tersebut untuk musim ini, termasuk isu lain. Namun, satu soalan menarik dibangkitkan Birt adalah kisah Rossi dengan pelumba Sepanyol, Toni Elias pada 2006.

Sebelum ini Toni ada mengeluarkan kenyataan mendakwa Rossi masih tidak sukakan dia disebabkan insiden kekalahan di GP Portugal pada 2006. Menurutnya, kekalahan Rossi musim itu bukan sekadar memusnahkan harapannya untuk bergelar juara MotoGP 990cc (juara 2006 menjadi milik Nicky Hayden), tetapi turut gagal meletakkan Yamaha sebagai pasukan pengilang terbanyak menjadi juara dunia era itu.

BACA >>> Rossi Seronok Dapat Nombor 7 Walaupun Tak Pernah Main Game MotoGP

Sepanjang lima tahun Kejuaraan Dunia MotoGP 990cc (2002-2006), Honda merangkul tiga kejuaraan, manakala Yamaha dua gelaran dunia. Antara punca Yamaha gagal mengatasi Honda adalah kegagalan Rossi pada MotoGP 2006 selepas kecundang kepada Toni di GP Estoril, Portugal pada 15 Oktober 2006.

Sebelum saingan di Estoril, pelumba Amerika Syarikat, Hayden sedang mendahului perlumbaan, dan Rossi di tempat kedua. Apabila Hayden terbabas di lap ke-4, Rossi sepatutnya sudah layak bergelas juara dunia dengan mata terkumpul 349.

Namun, The Doctor yang bermula di grid depan dengan jentera Yamaha M1 mengalami kekalahan kepada Toni yang  bermula di petak ke-11 dengan Honda RC211V dan tayar khas Michelin. Rossi cuma terlewat 0.002 saat, dan hanya mampu mengumpul 20 mata.

BACA >>> Rossi Masuk Petronas Yamaha SRT Tahun Depan?

Toni berkata;

Meraih kemenangan MotoGP sangat penting, tetapi kemenangan itu jadi bersejarah apabila berlumba dengan Rossi. Itu kenangan yang akan saya simpan dan Michelin berikan kami tayar baharu pada perlumbaan Sabtu itu dan dapat meningkatkan kelajuan 0.7 saat.

"Aku berterima kasih kepada Michelin walaupun aku marah apabila tahu tayar dengan getah lembut itu selama ini dipakai penunggang terbaik sepanjang musim, dan mereka (Michelin) hanya beri kepada kami dalam dua perlumbaan terakhir tahun itu. 

"Masa aku jumpa Rossi di Austin, iaitu lokasi aku jumpa dia setiap tahun, aku dapat rasa dia masih bawa kenangan lama dulu dalam hati. Dia belum maafkan aku. Aku cakap, semua sudah berlalu, sekarang masa jadi kawan, tapi memang mustahil. Masa tu sangat kompetitif, dan semua dilakukan dengan hati, jadi dia memang takkan pernah maafkan aku."

Jadi, dalam temu bula itu, Birt mengambil kesempatan bertanya (minit 14:17) terus isu berkenaan kepada Rossi. Berikut apa dibalas The Doctor;

Tak, kami kadang-kadang jumpa kat Amerika sebab dia berlumba kat sana buat masa ini. Bagi aku, itu sesuatu yang positif, kami sebenarnya ada hubungan yang baik, aku tak marah pun sebab kalah kat Portugal (Estoril), tapi lebih kepada kemalangan yang Toni jadi punca kat Jerez (Sepanyol).

"Itu GrandPrix pertama musim tersebut dan aku jatuh pada selekoh pertama. Itulah yang mungkin buat aku kehilangan juara."

Valentino Rossi crash in Jerez (2006)1
Valentino Rossi crash in Jerez (2006)3
Valentino Rossi crash in Jerez (2006)2

Lalu Birt bertanya; “Jadi kau maafkan dia (Toni) di Estoril, tapi bukan di Jerez?"

Sambil tersenyum Rossi menjawab, “Ya, tepat!" 

Di GP Jerez pada 2006, Rossi mendapat tempat ke-14, manakala Toni menamatkan saingan di kedudukan ke-4. Aksi di Jerez juga adalah satu daripada dua pusingan yang menyaksikan pelumba legenda itu meraih kedudukan paling teruk, dan satu lagi di Valencia, iaitu di tempat ke-13.

Hayden menjadi juara MotoGP 2006 dengan dibezakan cuma 5 mata daripada Rossi.

BACA >>> Jack Miller: Semua Pelumba Perlukan Masa Serasi Motor Baharu, Kecuali Rossi

VIDEO

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Kejuaraan MotoGP, Matt Birt, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha MotoGP, MotoGP, Pasukan Yamaha MotoGP, roda2, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev