• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 13 Lelaki Kena Cekup Sebab Gunting Rambut Masa PKP

13 Lelaki Kena Cekup Sebab Gunting Rambut Masa PKP

April 27, 2020 By Azhan O Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERAMAI 13 lelaki termasuk pemilik kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang, Butterworth ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam serbuan jam 3. 15 petang itu, semua lelaki warga tempatan berusia antara 17 hingga 24 tahun ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah.

BACA >>> Kedai Gunting Rambut, Cermin Mata, Salun Kecantikan Tidak Boleh Operasi!

Kredit Foto: Astro Awani

Menurut Noorzainy, siasatan awal mendapati pemilik kedai gunting itu menjalankan aktiviti menggunting rambut secara tertutup selepas Kerajaan tidak membenarkan premis gunting rambut beroperasi. Ketika serbuan, semua pelanggan berada dalam kedai dan sedang menunggu giliran menggunting rambut.

Dalam serbuan polis itu, kami menahan 13 orang yang disyaki berhimpun tanpa alasan dan siasatan mendapati mereka datang untuk gunting rambut secara tertutup. Kami difahamkan tuan punya kedai membuka perniagaan dan membenarkan pelanggan masuk ke dalam kedai untuk menggunting rambut," katanya.

Kerajaan sebelum ini menarik kebenaran operasi untuk kedai gunting rambut, dan salun kecantikan seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Serbuan dibuat hasil maklumat awam dan semua mereka disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta 342 kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau penjara 1 tahun atau kedua-dua sekali.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Syarat Syarikat Perlu Patuh Jika Mahu Operasi Sepanjang PKP

SUMBER: AstroAwani

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, Gunting Rambut, Ingkar PKP, Kedai Gunting Rambut, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Fasa Keempat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev