• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: Macam Mana Pelajar IPT Nak Balik Kampung? Baca Syarat Ini!

#ApaNakBuat: Macam Mana Pelajar IPT Nak Balik Kampung? Baca Syarat Ini!

April 24, 2020 By Azhan O 7 Comments

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk politeknik dan kolej komuniti yang masih berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini menetapkan syarat seperti berikut:

  • Masa perjalanan pulang adalah bermula jam 9 malam hingga 9 pagi
  • Pergerakan akan dibuat secara berperingkat melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja
  • Pergerakan dari lokasi zon hijau ke destinasi zon merah, atau sebaliknya adalah tidak dibenarkan.
  • Pelajar akan menjalani saringan gejala sebelum naik bas
  • Pelajar akan dibekalkan makanan dan topeng muka
  • Kapasiti penumpang dihadkan kepada separuh daripada jumlah sebenar bagi mematuhi penjarakan sosial,
  • Pelajar akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau Pejabat Daerah terdekat dengan rumah sebelum dihantar anggota agensi Kerajaan bertugas ke rumah masing-masing.

PELAJAR ADA KENDERAAN SENDIRI?

Sementara itu, pelajar yang memiliki kenderaan sendiri diwajibkan:

  • Mendapatkan surat kebenaran pergerakan daripada pihak IPT dan balai polis berhampiran
  • Perjalanan tidak rentas negeri
  • Hanya seorang dibenarkan untuk setiap kenderaan

PELAJAR SABAH DAN SARAWAK?

Kerajaan juga akan menyediakan penerbangan pulang kepada pelajar yang mahu pulang ke Sabah dan Sarawak. Mereka yang akan pulang ke Zon Hijau di Sabah dan Sarawak akan diterbangkan ke lapangan terbang terdekat dengan kampung masing-masing. Mereka juga diwajibkan menjalani perintah kuarantin 14 hari.

PELAJAR KAMPUS MASIH DAPAT MAKANAN

Pada masa sama KPT juga akan terus menyediakan makanan dan minuman kepada pelajar yang memilih kekal di kampus masing-masing.

Proses penghantaran pulang akan melibatkan seramai 53,000 pelajar, atau 85 peratus pelajar IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Fasa Keempat

Comments

  1. Ikmal says

    April 25, 2020 at 2:40 PM

    Macam mane nk mohon klau pelajar ade luar kampus seperti di rmah sewa?

    Reply
  2. huzaimah jamil says

    April 27, 2020 at 3:01 AM

    Saya nak tanya .. Mak saya pergi ke Kajang selangor sebelum PKP mula kerana ada temujanji dgn Dr dihospital serdang,sekarang mak nak balik rumah di kluang,so bas tak ada. Boleh ke saya dan suami htr mak saya balik ?

    Reply
  3. Rofeah says

    April 27, 2020 at 1:35 PM

    Macam mana dgn pelajar IPTS nk balik ke kampung

    Reply
  4. Che Wan Mohd Ramli says

    April 28, 2020 at 8:29 AM

    Pertanyaan, anak saya merupakan seorang pelajar UTP, sebelum lock down beliau mendapatkan rawatan Pysiotraphy di sebuah hospital Otopedik di Shah Alam, dan sekarang beliau tidak dapat pulang ke UTP atau ke kampung halaman kerana perintah kawalan pegerakan. Apakah procedure yang perlu saya ambil untuk dia pulang ke kampung?

    Reply
  5. Sharon says

    April 30, 2020 at 11:45 AM

    Seorang pelajar tumpang di rumah saya semasa PKP.sekarang dia nak balik kampung ke melaka.saya dah pergi ke balai polis berdekataan.mereka kata rujuk ke IPT.bila contact IPT,mereka kata rujuk ke kolej .tolong beri pejelasaan kepada siapa saya kena rujuk.tk

    Reply
  6. Norsyazhani Binti Md Kardi says

    May 1, 2020 at 12:08 PM

    Sama. Saya pun student terumbang ambing nak balik. Saya dah dapat surat sokongan pergerakan & pergi ke IPD untuk dapatkan cop tapi ditolak. Saya pergi balai polis pun ditolak. Katanya isi je Gerak Malaysia & tunggu keputusan. Saya rujuk IPT & KPT semula katanya dah boleh lulus. Tapi entah kenapa polis jadikan ia rumit. Saya bawa kenderaan sendiri. Saya dah keluar rumah sewa sebab tak boleh bayar sewa. Nasib saya ada abang yang sudah berkeluarga duduk berdekatan. Kalau tidak, saya sudah jadi gelandangan.

    Reply
  7. MUHAMMAD AMIRUL AFIQ BIN AMIRUDIN says

    May 2, 2020 at 2:41 PM

    Saya dh mohon pergerakan malaysia dan masih tunggu keputusan, bagaimana klau keputusan itu keluar lebih dari 3 mei, masih boleh buat pergerakan rentas negeri ke kerana saya sewa dan terpaksa keluar rumah awal bulan ne dan tiada keluar terdekat sekarang

    Ps*tolong replya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev