• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Polis Tahan Lelaki Ingkar PKP Sedang Luah Masalah Cinta

Covid-19: Polis Tahan Lelaki Ingkar PKP Sedang Luah Masalah Cinta

April 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI satu lagi cerita pelik tapi benar dan lucu sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Seorang lelaki ditahan polis ketika sedang meluahkan masalah percintaan kepada rakan perempuannya. Insiden tersebut berlaku di lorong tepi sebuah bank di Beaufort Jaya, Beaufort, Sabah.

Menurut HMetro, suspek lelaki berusia 18 tahun itu menemui remaja perempuan, 19, untuk mengadu mengenai hubungan percintaan dengan teman wanitanya yang sedang dilanda krisis.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek dikesan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang sedang melakukan rondaan PKP pada jam 7.20 malam, kelmarin.

Sekatan Jalan Raya, Covid-19_3
Covid-19- jalan sesak
Sekatan Jalan Raya, Covid-19_4

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, ketika rondaan dibuat, lelaki dan wanita itu didapati sedang berbual di lorong berkenaan dan kedua-dua mereka ditahan untuk disiasat.

Pemeriksaan mendapati lelaki itu sedang meluah perasaan mengenai masalah cinta antara dia dan teman wanitanya kepada rakannya yang juga teman kepada kekasihnya di lorong tepi bank itu.

“Remaja perempuan (yang ditahan) pula adalah rakan sekerja kepada teman wanita lelaki terbabit. Kedua-dua mereka ditahan kerana gagal memberi alasan munasabah berada di kawasan berkenaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

BACA >>> Remaja Tinggal Mayat Kekasih di Garaj Mengaku Salah Ingkar PKP

Related

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: arahan covid-19, autoterkini, Bantuan Covid-19, Covid-19, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev