APLIKASI TikTok sudah mencatatkan satu bilion pengguna aktif sejak 2019 dan inilah pilihan platform media sosial anak muda Gen-Z sekarang yang berumur antara 16 dan 24 tahun, tidak kira lelaki atau wanita.
Kajian Global Web Index mendapati 60 peratus pengguna TikTok yang berumur 25 hingga 44 tahun adalah penduduk China. TikTok juga meraih gelaran platfform media sosial paling pantas berkembang hinggakan BMW Motorrad pun sudah ada akaun rasmi TikTok sendiri yang boleh diakses menerusi pautan berikut: tiktok.com/@bmwmotorrad.
BMW Motorrad mendakwa mereka adalah pengeluar motosikal pertama dunia menggunakan TikTok sebagai platform komunikasi baharu.
Dalam bahasa mudah, TikTok sudah jadi saluran baharu untuk BMW Motorrad mencari pelanggan muda selain mempromosikan jenama motosikal dari Jerman itu menerusi perkongsian video kreatif berdurasi pendek. Setakat artikel ini ditulis, laman TikTok BMW Motorrad sudah memuat naik tujuh klip video dengan 9,712 Followers dan 86.6k Likes.
@bmwmotorradMom said no skating in the house. 🤷🏼♀️🏍 @zomazyvaleria ##boredinthehouse ##stayathomechallenge ##foryoupage ##bmwmotorrad♬ BORED IN THE HOUSE - Curtis Roach
Klip video di atas pula berjaya menarik 1.1 juta tontonan yang memaparkan aksi seorang perempuan menunggang model roadster BMW R NineT dari dalam rumah ke kawasan kolam renang sebelum terjun masuk ke dalamnya.
Jangan tidak tahu, PanduLaju pun ada akaun TikTok yang memaparkan perkongsian klip video pendek tentang dunia kereta dan motosikal. Setakat ini, TikTok PanduLaju sudah ada seramai 13.5k Followers dan 69.4k Likes. Apa kata anda pun ikut follow TikTok kami di tiktok.com/@pandulaju
SUMBER: BMW Motorrad
Leave a Reply