• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siapa di Kampung Boleh Mohon Balik Bandar Mula Sabtu Ini!

Siapa di Kampung Boleh Mohon Balik Bandar Mula Sabtu Ini!

April 22, 2020 By Abang GYL 26 Comments

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEREKA yang sekarang berada di kampung dan mahu pulang ke kediaman masing-masing akan dibenarkan pulang bermula 1 Mei 2020.

Bagaimanapun, mereka yang mahu pulang tersebut hendaklah membuat permohonan secara atas talian atau ke balai polis berhampiran bermula 25 April (Sabtu ini).

BACA >>> KP Kesihatan: Tiada Jaminan PKP Tamat 28 April Ini

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

Beliau berkata;

Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran, tetapi perlu buat janji temu terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan.

“Setiap permohonan yang diterima akan diteliti sebelum mereka dibenarkan pulang. Mereka juga perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk dituju, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya.”

Menurutnya lagi, Kerajaan menerima banyak maklum balas daripada mereka yang mahu pulang ke rumah masing-masing kerana sudah lebih sebulan berada di kampung.

Ada mengadu tiada pakaian nak pakai, ada bimbang rumah dipecah masuk dan ada juga mahu pulang bekerja,” katanya lagi."

BACA >>> Inilah Harga Dibayar untuk Miliki Mercedes-Benz 500E (W124) 'Mr Bean'

Related

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: balik kampung covid, balik KL covid, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Mohon Pulang ke Bandar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP fasa ketiga

Comments

  1. Piongkimfung says

    April 24, 2020 at 7:22 AM

    Saya nak balik kampung bersama anak seorang bernama christal, kampung saya di tenom. Balik 3 hari saja.. Lepas tu balik penampang.

    Reply
  2. Alang A/L Salleh says

    April 24, 2020 at 9:10 AM

    Nak balik Kampung

    Reply
  3. Mei says

    April 24, 2020 at 3:00 PM

    Nak balik kpg.. sbb sudah lama terkandas di bilik sewa .. lebih sebulan dah.. duit belanja makan smakin pipis.. xda tlg makanan .. kena bayar bilik sewa sndri .. mkan pon tnggung sendri .. mahu balik kpg dua org .. sy dan satu kawan skrja dgn sy .. tambah lagi skrg kmi kehilangan kerja..

    Reply
  4. Nur atirah says

    April 24, 2020 at 4:21 PM

    Saya nak balik kampung.. Sekarang saya dengan ank II tak Ada duit untuk beli susu dn penpes... Umah sewa pown tak bayar...

    Reply
  5. Nurziana says

    April 25, 2020 at 11:18 AM

    Saya nak balik kg saya lahad datu sabah, saya dah takda kerja, gaji tak jalan, dan tak ada duit nak bayar bilik sewa. Terima kasih kerna mendengar harap tuan pertimbangkan, saya nak harap bantuan pun tak boleh juga, saya tak layak😭 tolong sya nak balik kampungggg

    Reply
  6. Nurul says

    April 26, 2020 at 5:41 AM

    Saya nak balik kampung kelantan bersama anak saya , duit semakin tipis . Tolong pertimbangkan , terima kasih

    Reply
    • Abang GYL says

      April 26, 2020 at 3:25 PM

      Boleh mohon di aplikasi bermula hari ini

      Reply
  7. Viknes says

    April 26, 2020 at 5:58 AM

    Saya nak balik kampung... Mak saya seorang di kampung.. Tak boleh jalan lagi.. Tak ade orang tolong belikan barang pun.. Dah 1bulan tak balik kampung jumpa mak

    Reply
  8. krishnaveni a/p devadass says

    April 26, 2020 at 10:41 AM

    Saya nak balik kampung ke kuala lumpur suami ku orang di situ dia susah untuk nak makan semua masa malam saya yang nak masak dia tak pandai masak tolong tolong nak balik ke kl l😫😫😭😭😭😷😷

    Reply
  9. QUEEN EQAAA says

    April 26, 2020 at 12:54 PM

    kmi pn nak balik mau 2 bulan sda d kg ,

    Reply
  10. Lieza says

    April 26, 2020 at 1:09 PM

    Saya dan anak anak terkandas di kampung,kota tinggi,suami di johor bahru.. Sejak 18hb mac kami di kota tinggi,nak balik takot kena saman kerana balik beramai ramai dalam 1 kereta.

    Reply
  11. Tam says

    April 26, 2020 at 2:36 PM

    Sya nak balik rumah sbb dah lama terkandas di rumah kawan,pakain pun tak cukup.anak buah kat rumah pun call cakap barang basah pun susah nak beli,sebelum ne sya yang jaga diorg,sbb abg sya dah tak ada,akk ipar sya tak berani pergi keluar jalan besar,semua ada lah tanggungjawap sya

    Reply
  12. Angeline Manjah says

    April 26, 2020 at 3:01 PM

    Sya dari sarawak,,,sibu nak balik jb..tpi airsia sibu -jb kapal terbang x ada beropreasi...nak pkai kpal terbang mas,,nanti tkut,tsngkut pulak kat kl..kna kuarantin pulak..dh 1 bln tkandas dkat srawak ni...dh anak org 2 tgl kat sana...rasa sedih sangat2 ..x jumpa dgn dia org...

    Reply
  13. Azmina says

    April 26, 2020 at 3:30 PM

    Saya nk balik putra jaya suami sy dduk sana sy tekandas dkt jb sudah 3bln... Khsian suami sy dduk sorang²...

    Reply
  14. sirah Bt rahman says

    April 27, 2020 at 11:02 AM

    Saya dari Sabah dtg ke kuala lumpur hadir mjis perkawin anak saudara masa
    7hb.3.2020 saya nak. Balik sabh pada
    2.4.2020 tpi pkp da xjdi. Klu sekrng nak mohan. Bole ke tuan
    Saya dtg ke kuala lumpur guna pelpsan imigresen 1 buln sja saya guna ic hijau tak jadi mslah ke tu tuan kalau belum dapat balik sabh

    Reply
  15. Nurul fazlin Idayu says

    April 27, 2020 at 5:35 PM

    Sy suami n adik mahu pulang ke bandar sbb dah lebih sebulan terkandas kt kg..... Risaukan rumah di sana..... Boleh ke adik sy wani tumpang balik sana

    Reply
    • Abang GYL says

      April 27, 2020 at 9:25 PM

      Perlu mohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia

      Reply
  16. Rasidah md isa says

    April 28, 2020 at 5:35 AM

    Saya balik kampung nak ambil anak yang terkandas dikampung masa cuti sekolah( berkhatan) umur anak saya 10 tahun, mcm mana ye, sekrg process pelajaran sekolah buat online jika banyak process pelajaran ketinggalan memandangkan dia dikampung.

    Reply
  17. Kalaichelvi kusan says

    April 28, 2020 at 10:04 AM

    Saya nak balik subang. Rumah emak saya kat sane sekarang I kat slim river I datang untuk kerja sini sekarang I x boleh Balik I nak jumpe emak saya I ade transport motosikal sahaja kat Rod block x bagi dua jalan sebab suami saya hanta rumah emak tolong lah tuan I nak balik subang 😭😭

    Reply
  18. Kalaichelvi kusalan says

    April 28, 2020 at 10:50 AM

    Saya nak balik subang. Rumah emak saya kat sane sekarang I kat slim river I datang untuk kerja sini sekarang I x boleh Balik I nak jumpe emak saya I ade transport motosikal sahaja kat Rod block x bagi dua jalan sebab suami saya hanta rumah emak tolong lah tuan I nak balik subang 😭😭

    Reply
  19. Pawziah Md Ali says

    April 29, 2020 at 7:38 AM

    Saya penjawat awam ofis hour di Melak.jumpa suami masih kerja sakit jantung & gout (Shah Alam) tinggal sendiri,anak2 dah berkeluarga tinggal jauh lebih 30 km,hujung minggu balik jumpa ikut giliran@ dia ke Melaka., sejak first PKP x jumpa..bimbang @takut disaman dlm sekatan& kaw.Shah Alam dah hampir jadi zon merah.Dah buat online tapi bila semak Ada penerbangan kurang jelas untuk namakan tempat perjalanan dari arah datang ke tempat tujuan.,& jangka hari utk kembali ke destinasi kerja

    Reply
  20. Voo chung fung says

    April 29, 2020 at 12:19 PM

    Saya nak balik rumah saya bini saya anak saya ada 3 orang yang kakak tahu ni baru masuk 5 tahu umur dia anak saya yg ke 2 tu tahun ni baru masuk 3 tahun umur dia . anak saya yg ke 3 baru masuk 1 tahun umur .bini saya tidak bekerja .kerja saya ikut lori angkat barang .kami hari tu 17.03.2020 hantar barang dari tawau ke kota kinabalu kami sampai sini 19.03.2020 .lepas tu saya terkandas d sini .tolong bagi saya bailk tawau saya di sini sudah 40 hari apa lah bini anak saya makan tu .

    Reply
  21. Muhammad Arejab says

    April 30, 2020 at 5:58 AM

    Saya nak balik kampung dekat Kelantan , ada keluarga sakit lagi , lepas tu sekarang saya ada dekat Pahang . Keluarga saya semua dekat Kelantan

    Reply
  22. Normah binti CheLah says

    April 30, 2020 at 2:29 PM

    Sy terkandas di rumah adik sejak 18 Mac 2020 bersama 4 org anak. Di Ipoh..ingin pulang ke Kelantan. Sy mengharapkan suami sy dr Kelantan dapat kelulusan mengambil sy dan anak2 pulang ke destinasi.

    Reply
  23. Nur Shuhaida binti mustaffa says

    May 3, 2020 at 4:55 AM

    Saya mahu pulang ke rumah saya sendiri di penang kerana sudah lama terkandaas di kampung sebelum pkp lagi.. saya berharap dapat pulang semula kerumah kerana mulai 5mei saya bermula bekerja dan harus menyiapkan report kerja saya yang sudah lama tertangguh di mcdonal setia pearl island , penang..

    Reply
  24. suraida says

    May 4, 2020 at 1:51 AM

    saya dari penampang nak ambil anak saya di kampung mak saya . Dia bercuti ke kampung mak saya nak sangat ambil dia di sandakan ..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
    TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev